awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Christensen calon kapten The Blues, kata Conte

Astro Arena
Astro Arena
24/02/2018
02:45 MYT
Christensen calon kapten The Blues, kata Conte
Christensen (kiri) mengharungi musim yang hebat dan menunjukkan kematangan yang hebat. - Foto Astro ARENA
ANTONIO Conte mempertahankan Andreas Christensen dan menyalahkan pertembungan dengan Barcelona dalam Liga Juara-Juara (UCL) menjejaskan krebiliti pertahanan itu sebagai ketua pasukan Chelsea pada masa depan.
Pemain antarabangsa Denmark itu dipersalahkan atas gol penyamaan Lionel Messi di Stamford Bridge, awal pagi Rabu lalu selepas hantarannya dipintas Andres Iniesta.
Ia adalah kesilapan jarang dilakukannya dalam musim luar biasa pemain berusia 21 tahun yang menyaksikannya 25 kali beraksi dalam kesebelasan utama.
Conte menegaskan dia sudah melupakan insiden itu sambil melabel Christensen sebagai pewaris lilitan kapten The Blues.
"Sepanjang karier, anda boleh membuat banyak kesilapan, jika saya terpaksa bercakap tentang kesilapan saya semasa bergelar pemain, kita akan berada di sini sepanjang hari," kata pengurus dari Itali itu kepada pemberita.
"Christensen mengharungi musim yang hebat dan menunjukkan kematangan yang hebat.
"Bagi saya, selain kesilapannya, prestasinya (menghadapi Barcelona) sangat bagus, saya percayakan Christensen.
"Dia boleh berada di sini selama 10, 12 tahun, saya rasa dia boleh menjadi kapten."
Christensen menandatangani kontrak bersama Chelsea pada 2012 dan telah 14 kali tampil untuk Denmark.
Topic Berkaitan
#Andreas Christensen
#Andres Iniesta
#Antonio Conte
#barcelona
#bola sepak
#Chelsea
#Liga Juara-Juara
#Lionel Messi
#pertahanan
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan