awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

City terlalu bagus untuk United

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2023
04:05 MYT
City terlalu bagus untuk United
Haaland (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan pasukannya menerusi sepakan penalti ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Manchester City di stadium Old Trafford, Manchester, England, 29 Okt 2023. (Foto AP)
MANCHESTER City berjaya mempamerkan kualiti tersendiri selepas menumbangkan Manchester United 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Ahad.
Bagaimanapun, pengendali City, Pep Guardiola berkata, kemenangan tersebut bukan mudah untuk dicapai walaupun United tidak berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu.
"Saya faham bahawa ia kelihatan mudah tetapi tidak. Saya menghormati United dengan apa yang telah mereka lakukan tetapi kami berada pada tahap terbaik terutamanya pada separuh masa kedua.
"Apabila anda kalah, ia adalah kerana mereka benar-benar bagus. Apabila kami menang, ia adalah kerana kami telah melakukan perkara yang baik juga. Bola sepak sentiasa begitu sukar untuk kekal konsisten.
"Gelaran terbesar kami adalah kejuaraan treble dan lima kali juara Liga Perdana Inggeris. Kami masih di sini dan konsisten.
Dalam perlawanan itu, penyerang sensasi City, Erling Haaland membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-49.
Phil Foden melengkapkan kemenangan bergaya City pada minit ke-80 sekali gus meletakkan The Citizen di kedudukan ketiga EPL dua mata di belakang pendahulu, Tottenham Hotspur. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester City
#Manchester United
#Pep Guardiola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan