awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Conte harap Hazard tolak lamaran Real Madrid

Astro Arena
Astro Arena
01/04/2017
03:59 MYT
Conte harap Hazard tolak lamaran Real Madrid
Hazard dilaporkan berjaya menarik perhatian dari Santiago Bernabeu. - Foto Reuters
KETUA jurulatih Chelsea, Antonio Conte, percaya Eden Hazard akan menolak tawaran Real Madrid dan terus kekal di Stamford Bridge.
Bintang Belgium itu kembali menemui rentak permainan selepas dinobat sebagai Pemain Terbaik PFA pada musim 2014-15, dengan membantu Chelsea mendahului takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 10 mata.
Persembahan Hazard, yang diwarnai dengan 11 gol dan empat bantuan jaringan, dilaporkan berjaya menarik perhatian dari Santiago Bernabeu. Pengendali Real, Zinedine Zidane, meletakkan nama penyerang itu di dalam sasaran utamanya musim panas ini.
Conte berharap pemain berusia 26 tahun itu memilih untuk kekal di Chelsea, dengan menyifatkan kedahagaan kelab untuk melakar kejayaan mampu meyakinkan Hazard kekal di London.
"Kemahuan seseorang pemain sangat penting," kata Conte.
"Jika pemain itu gembira dan mengetahui dia akan kekal bersama pasukan dan memiliki cita-cita yang tinggi, saya tidak melihatnya sebagai satu masalah, kerana Real Madrid juga adalah kelab yang mahu meraih kejayaan.
"Hazard adalah pemain Chelsea, kami gembira dengan prestasinya dan dia gembira bersama pasukan. Saya tidak melihat sebarang masalah mengenai dirinya."
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#bola sepak
#Chelsea
#Eden Hazard
#Liga Perdana Inggeris
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan