awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa del Rey: Llorente pacu kemaraan Atletico ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
19/01/2023
03:05 MYT
Copa del Rey: Llorente pacu kemaraan Atletico ke suku akhir
Pemain Atletico Madrid Marcos Llorente dan rakan-rakan meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya selepas perlawanan Copa del Rey antara Levante dan Atletico Madrid di Estadi Ciutat de Valencia, Valencia, Sepanyol, 18 Jan 2023. REUTERS
LEVANTE 0 ATLETICO MADRID 2
Atletico Madrid jelas beraksi di bawah tahap sebenar tetapi masih mampu untuk melangkah ke suku akhir Copa del Rey dengan Marcos Llorente menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam memastikan kemenangan 2-0 ke atas Levante awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Diego Simeone itu hanya mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan LaLiga terakhir dan kelihatan bergelut untuk menewaskan pasukan dari liga divisyen kedua, Levante, di Estadio Ciudad de Valencia.
Atletico hanya dapat merakamkan percubaan tepat pertama pada minit ke-54, di mana Alvaro Morata membuka jaringan selepas menerima lintangan Llorente.
Llorente kemudian memastikan kemaraan pasukannya dengan melakukan penyudah tenang dalam waktu kecederaan untuk Atletico ke suku akhir dengan kemenangan 2-0.
Mereka akan mengetahui lawan bagi penentuan ke separuh akhir itu dalam satu majlis undian esok, dalam usaha menamatkan penantian gelaran Copa del Rey, yang kali terakhir dimenangi Atletico pada 2013.
Selepas itu, Colchoneros akan meneruskan saingan LaLiga dengan melayani kunjungan Real Valladolid hujung minggu
Onto the next round pic.twitter.com/Eqv6N8t7Vp
— Atlético de Madrid (@atletienglish) January 18, 2023
Topic Berkaitan
#Atletico Madrid
#Copa del Rey
#Levante
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan