awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Coupe de France: Mbappe ledak lima gol bawa PSG ke pusingan 16

Astro Arena
Astro Arena
24/01/2023
03:00 MYT
Coupe de France: Mbappe ledak lima gol bawa PSG ke pusingan 16
Aksi Kylian Mbappe selepas menjaringkan gol ketika perlawanan Coupe de France pusingan 32 antara Pays de Cassel dan PSG di Stade Bollaert-Delelis, Lens, Perancis, 23 Jan 2023. - REUTERS
PAYS DE CASSEL 0 PSG 7
Christophe Galtier tidak terkejut dengan lima gol yang dihasilkan Kylian Mbappe ketika Paris Saint-Germain (PSG) membelasah Pays de Cassel dalam saingan Coupe de France, awal pagi tadi.
PSG mara ke pusingan 16 pertandingan itu menerusi kemenangan bergaya 7-0 di Lens' Stade Bollaert-Delelis yang menyaksikan Mbappe terlibat dalam kesemua jaringan mereka kecuali satu sahaja.
Seteru daripada divisyen keenam itu -- yang secara teknikalnya menjadi tuan rumah -- bergelut sejak pada awal peringkat permainan sebelum Mbappe memulakan kenduri gol PSG pada minit ke-29.
Gergasi Ligue 1 itu menutup babak pertama dengan kelebihan 4-0 dengan Mbappe mencetak tiga jaringan dan mencipta satu bantuan gol buat Neymar.
Penyerang Perancis itu kemudian menokok dua gol lagi selepas rehat untuk menjadi pemain pertama dalam sejarah PSG yang menjaringkan lima gol dalam sebuah perlawanan.
Carlos Soler -- salah seorang penjaring PSG -- turut menghasilkan aksi yang mengagumkan tetapi Mbappe dan Neymar tetap menjadi tumpuan Galtier.
"Kylian Mbappe seorang penjaring gol, dia begitu taksub dengan gol dan menyerang," kata pengurus itu kepada beIN SPORTS.
5 - Kylian Mbappé est devenu le premier joueur de lhistoire de Paris auteur dun quintuplé en match compétitif. Manita . https://t.co/Lgsw1hTFn1
— OptaJean (@OptaJean) January 23, 2023
“Saya tidak akan mengatakan bahawa dia akan memperoleh keyakinan daripada lima gol ini, sebaliknya inilah standardnya.
"Adalah penting baginya dan Neymar untuk beraksi penuh. Mereka banyak bergabung saling bergandingan. Ia bagus untuk mereka."
Perlawanan sebegitu mengundang risiko kejutan besar buat PSG, tetapi mereka tidak pernah tergugat dengan sebarang kejutan apabila mempamerkan persembahan profesional secara menyeluruh.
Mbappe percaya langkah itu mencerminkan penghormatan mereka terhadap kelab liga bawahan itu.
"Kami datang ke sini, dengan rasa hormat terhadap pasukan Pays de Cassel, bermain dengan kemampuan kami. Kami sangat gembira.
"Ia adalah satu peluang hebat untuk mereka dan untuk kami, kerana ia mengingatkan kami yang kami juga satu masa dulu pemain amatur.
"ia adalah satu pertandingan penting buat PSG," katanya.
Topic Berkaitan
#PSG
#Kylian Mbappe
#Coupe de France
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan