KETUA Pakar Kesihatan bebas bagi acara Olimpik, tetap menafikan bahawa peningkatan kes yang berlaku di Jepun adalah berpunca daripada penganjuran Olimpik 2020.

Ini kerana tiada sebarang bukti bahawa ada pertemuan di antara orang awam di Jepun dan mereka yang dalam gelembung Olimpik.

Brian Mccloskey menjelaskan, acara temasya itu adalah bukti kepada dunia bahawa ia tidak mustahil untuk menganjurkan acara tanpa sebarang jangkitan wabak.

Ia dengan menerapkan langkah-langkah kesihatan awam dan amalan penjarakan fizikal serta ujian pengesanan yang agresif.

BACA: COVID-19: PM Jepun nafi peningkatan kes disebabkan Olimpik Tokyo

Berkaitan pengesanan kes di perkampungan atlet di Tokyo, Mccloskey mendedahkan 105 kes telah disahkan, yang juga dilihat sebagai masih terkawal.

Kes positif COVID-19 di Jepun buat pertama kalinya melepasi angka satu juta pada Sabtu selepas 15,645 kes baharu disahkan.

Ia adalah kes tertinggi pernah direkodkan di negara matahari terbit itu.