awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nadal anggap saingan tahun ini hampir mustahil

Astro Arena
Astro Arena
06/05/2020
02:04 MYT
COVID-19: Nadal anggap saingan tahun ini hampir mustahil
Nadal yang masih berhasrat untuk beraksi secara kompetitif sebelum akhir tahun ini, bagaimanapun menganggap pendekatan yang lebih realistik ialah merancang untuk musim 2021. Gambar fail
RAFAEL Nadal meluahkan kesangsian Jelajah ATP boleh diteruskan pada tahun ini apabila sudah memikirkan mengenai Terbuka Australia tahun depan.
Jelajah ATP dan WTA ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai depan akibat pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kalendar sukan global.
Kejohanan Wimbledon tahun ini sudah pun dibatalkan sementara Terbuka Perancis ditunda ke September depan, namun perebutan kejuaraan di Roland Garros itu termasuk Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetap dalam keraguan.
Nadal, yang masih berhasrat untuk beraksi secara kompetitif sebelum akhir tahun ini, bagaimanapun menganggap pendekatan yang lebih realistik ialah merancang untuk mengharungi musim 2021, yakni Grand Slam pembukaan, Terbuka Australia.
View this post on Instagram
Al final... me gana?
"Saya harap kami dapat kembali sebelum akhir tahun ini tetapi, sayangnya, saya tidak rasa begitu," katanya kepada El Pais.
"Saya akan menganggap keperluan ketika ini adalah membuat persediaan bagi 2021. Saya lebih bimbang dengan nasib Terbuka Australia daripada apa yang berlaku pada akhir tahun ini.
"Saya berasakan saingan 2020 hampir pasti tidak dianjurkan. Saya harap kami dapat beraksi lagi tahun depan, saya amat berharap," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jelajah ATP
#Kejohanan Wimbledon
#Rafael Nadal
#tenis
#Terbuka Australia
#WTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan