awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perlumbaan Moto GP Britain, Australia dibatal

Bernama
Bernama
29/05/2020
12:44 MYT
COVID-19: Perlumbaan Moto GP Britain, Australia dibatal
Mengikut jadual asal, GP Britain akan berlangsung pada 28-30 Ogos di Litar Silverstone, sementara GP Australia pula dijadualkan pada 23-25 Okt di Litar Phillip Island.
Perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Motosikal Britain dan Australia 2020 yang dijadualkan pada Ogos dan Oktober, dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap pandemik global COVID-19.
Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP, dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai dengan persetujuan Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berikutan kebimbangan terhadap pandemik itu.
Mengikut jadual asal, GP Britain akan berlangsung pada 28-30 Ogos di Litar Silverstone, sementara GP Australia pula dijadualkan pada 23-25 Okt di Litar Phillip Island.
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta berkata amat menyedihkan bagi pihaknya untuk membatalkan kedua-dua perlumbaan ikonik itu, sambil menambah masalah logistik dan operasi yang timbul akibat daripada pandemik serta penyusunan semula jadual perlumbaan menjadi antara sebab utama pembatalan tersebut.
"Setiap musim, Silverstone dan Phillip Island selalu menjadi dua perlumbaan hujung minggu yang paling mendebarkan, dengan kedua-dua litar tidak pernah gagal mempersembahkan saingan sengit dalam kejuaraan MotoGP.
"Bagi pihak Dorna, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana memahami dan bersabar ketika pihak kami menunggu keadaan kembali pulih. Kami berharap dapat kembali ke Silverstone dan Phillip Island tahun depan untuk persaingan yang lebih mencabar," tambah Ezpeleta.
Berkongsi pandangan yang sama adalah Pengarah Urusan Silverstone Circuit Ltd, Stuart Pringle, yang sangat kecewa dengan pembatalan itu, tetapi menyokong keputusan itu kerana menghadapi masa-masa sukar ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Britain yang tabah atas kesabaran dan sokongan mereka. Kita pasti menantikan tahun 2021 ketika Silverstone sekali lagi akan menjadi tuan rumah perlumbaan terpantas dan paling bersejarah dalam kalendar MotoGP, dan kami perlu bekerja keras untuk menjadikannya acara yang benar-benar luar biasa untuk dinikmati oleh semua," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Australian Grand Prix Corporation Paul Little AO berharap perlumbaan MotoGP akan kembali ke litar legenda di Phillip Island tahun depan.
"Kami sangat kecewa kerana peminat MotoGP di seluruh Victoria, Australia, dan antarabangsa tidak akan berpeluang berkunjung ke sini untuk menyaksikan pelumba-pelumba terbaik dunia bersaing di salah satu litar terbaik dunia, bagaimanapun keputusan yang tepat telah dibuat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#Britain
#COVID-19
#gp motosikal
#Grand Prix
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan