awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cristiano Ronaldo antara 10 individu miliki kereta Bugatti bernilai jutaan ringgit

Agensi
Agensi
13/02/2021
07:33 MYT
Cristiano Ronaldo antara 10 individu miliki kereta Bugatti bernilai jutaan ringgit
Bintang Juventus itu berhasrat untuk membeli kereta mewah yang mampu mencapai kelajuan 380km/j itu sebagai hadiah hari ulang tahunnya.
LISBON:Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menambah koleksi kereta mewahnya dengan membeli sebuah kereta berjenama Bugatti yang bernilai 7 juta pound (RM39.7 juta).
Menurut laporan Daily Star, kereta sport itu adalah sebuah daripada 10 model Centodieci yang akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar kenderaan dari Perancis itu.
Pemain Portugal itu mengumpulkan koleksi kereta mewah itu hasil daripada kekayaan aksi bola sepaknya serta pengaruh komersial sekali gus menempatkan beliau di tempat keempat dalam senarai atlet dunia paling kaya majalah kewangan Forbes.
Sehingga hari ini, bintang dari Portugal itu dilaporkan mempunyai aset bernilai sehingga AS$500 juta (RM2 bilion).
Menurut pengedar Bugatti di Sepanyol, bintang Juventus itu berhasrat untuk membeli kereta mewah yang mampu mencapai kelajuan 380km/j itu sebagai hadiah hari ulang tahunnya.
Model itu dikhabarkan mempunyai enjin 16 selinder yang menghasilkan 1,600 kuasa kuda untuk mencapai kepantasan 0 hingga 100km/j dalam tempoh 2.4 saat.
Bagaimanapun dia perlu menunggu sehingga tahun 2022 untuk mengemudi Centodieci kerana kereta itu masih dalam fasa pengeluaran dan ujian terowong angin untuk mendapatkan prestasi yang maksimum.
Pembelian terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul koleksi kereta mewahnya ialah sebanyak 20 buah termasuk Bugatti Chiron.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#model
#Portugal
#bola sepak
#sepanyol
#kereta mewah
#Bugatti
#Centodieci
#kereta
#pemain bola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan