PARIS: Syarikat penerbangan nasional Bangladesh, Biman Bangladesh Airlines mengesahkan tempahan sebanyak 10 pesawat Airbus, kata pengeluar pesawat Eropah itu pada Rabu.
Tempahan yang dijangka diumumkan selepas Biman membuat pesanan 11 pesawat Boeing baru-baru ini merangkumi empat pesawat jarak jauh A350-900 serta enam pesawat jarak sederhana A321neo.
Bulan lalu, Biman menempah 11 pesawat Boeing yang terdiri daripada model 787 Dreamliner dan 737 MAX sebagai sebahagian usaha memperkukuh serta memperluas armadanya.
Ketika ini, syarikat penerbangan itu mengendalikan 19 pesawat yang kebanyakannya terdiri daripada pesawat Boeing serta pesawat turboprop Dash-8.
Menurut Menteri Penerbangan Awam dan Pelancongan Bangladesh, M. Rashiduzzaman Millat, Biman mengendalikan lebih 20 peratus daripada jumlah penumpang udara negara itu.
Tempahan terbaharu daripada Airbus itu dilihat sebagai langkah Biman mempelbagaikan armada pesawatnya yang sebelum ini didominasi oleh keluaran Boeing. - Agensi