Cristiano Ronaldo jadi pemain bola sepak pertama bergelar bilionair

Dengan pencapaian ini, Ronaldo menyertai senarai eksklusif atlet bilionair seperti Michael Jordan, LeBron James, Tiger Woods dan Roger Federer. - Foto fail/REUTERS
RIYADH: Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, mencipta sejarah apabila menjadi pemain bola sepak pertama di dunia yang mencapai status bilionair, menurut laporan terkini Bloomberg Billionaires Index.
Ringkasan AI
- Kekayaan bersih Ronaldo kini mencecah AS$1.4 bilion, hasil gabungan gaji, penajaan dan pelaburan peribadi.
- Kontrak baharu bernilai AS$400 juta menjadikannya pemain bergaji tertinggi, dengan pendapatan tahunan AS$237 juta termasuk pegangan dalam kelab.
- Ronaldo jana pendapatan besar melalui jenama CR7 dan media sosial, menyertai senarai eksklusif atlet bilionair dunia.
Sepanjang kerjaya dari 2002 hingga 2023, Ronaldo telah meraih lebih AS$550 juta (RM2.3 bilion) dalam bentuk gaji, selain perjanjian penajaan jangka panjang dengan Nike bernilai hampir AS$18 juta (RM76 juta) setahun, serta kerjasama dengan jenama seperti Armani dan Castrol yang menyumbang lebih AS$175 juta (RM738 juta) kepada kekayaannya.
Ronaldo juga memiliki empayar perniagaan di bawah jenama CR7, merangkumi pakaian, wangian, gimnasium dan hotel, serta menjana pendapatan besar melalui media sosial - dengan lebih 600 juta pengikut di Instagram, menjadikannya antara personaliti paling berpengaruh dalam dunia digital.
“Saya masih ada semangat untuk bermain,” kata Ronaldo ketika menerima Anugerah Prestige di majlis Portugal Football Globes.
“Keluarga saya kata sudah tiba masa untuk bersara, tapi saya rasa saya masih mampu menyumbang kepada kelab dan negara. Saya mahu terus menikmati setiap detik yang tinggal.”
Dengan pencapaian ini, Ronaldo menyertai senarai eksklusif atlet bilionair seperti Michael Jordan, LeBron James, Tiger Woods dan Roger Federer - menandakan satu lagi mercu jaya dalam kerjaya luar biasa yang telah menjulangnya sebagai ikon global.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami