KELAB Manchester United sahkan Pemain Portugal Cristiano Ronaldo akan meninggalkan kelab itu berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan ini susulan tindakan Ronaldo mengkritik kelab tersebut dalam satu temu ramah ekslusif, dan kenyataan beliau tidak lagi menghormati pengurus Eric ten Hag.
Ini adalah rentetan ketegangan antara Ronaldo dengan kelab berkenaan.
Kelab tersebut dan Ronaldo juga mengakui pengunduran ini dipersetujui bersama.
Dalam satu kenyataan, Manchester United mengucapkan terima kasih kepada Ronaldo atas khidmatnya selama dua musim.
BACA: Cristiano Ronaldo sedia tinggalkan MU, sertai Fiorentina
Dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), United kini di tangga kelima, di bawah kendalian Ten Hag.
Musim EPL kini berehat bagi memberi laluan kepada Piala Dunia 2022 di Qatar.
Ronaldo, yang menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan bersama United, meninggalkan Juventus dan kembali ke Old Trafford pada Ogos 2021, 11 tahun selepas berpindah ke Real Madrid.
Kontrak 500,000 pound seminggu dengan United hanya berbaki tujuh bulan.
Ini bermakna pengunduran dari United membolehkan Ronaldo meterai kontrak baharu dengan kelab lain, sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka pada bulan Januari depan.
Sementara itu, Ronaldo dalam kenyataan rasmi memaklumkan sudah tiba masanya mencari cabaran baharu.
Ronaldo tidak beraksi untuk United atas masalah kesihatan yang tidak dinyatakan.
Kali terakhir beliau beraksi adalah ketika menundukkan Aston Villa 3-1, pada 6 November lalu.
Ronaldo digugurkan dari aksi menentang Chelsea selepas enggan disenaraikan sebagai pemain gantian ketika aksi Tottenham Hotspur tiga hari sebelumnya.
Astro Awani
Tue Nov 22 2022

Cristiano Ronaldo bersama pasukan Portugal ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2022. - Foto AP
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Adam Adli mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada parti dan kerajaan.

Komen lucah terhadap anak Dr Amalina, pemungut sawit didenda RM3,000
Ahmad Nasir Kadiri didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat komen lucah terhadap bayi Dr Amalina Che Bakri melalui Facebook pada Disember 2022.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

Selepas ditolak berpindah ke Al-Hilal, Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu cari kelab baharu di Afrika
Ronaldo mahu menyertai Wydad untuk menambah baik hiasan peribadinya, dengan mengambil bahagian dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025.

Liga Pro Saudi: Al-Ittihad rai kejuaraan liga dengan kemenangan
Al-Ittihad memperoleh kemenangan selepas merangkul kejuaraan Liga Pro Saudi dengan kemenangan 3-2 ke atas Al-Shabab.

Ronaldo kekal atlet terkaya dunia
Bintang bola sepak Portugal itu dinobatkan sebagai atlet dengan pendapatan tertinggi dunia oleh Forbes bagi tahun 2025.

Ronaldo JR terima panggilan skuad B-15 Portugal
Anak lelaki Cristiano Ronaldo, Cristiano JR, menerima panggilan sulungnya ke skuad B-15 Portugal.

ACLE: Cristiano Ronaldo lepas tiga peluang, Al-Nassr tersingkir di tangan Kawasaki Frontale
Dalam pertembungan di King Abdullah Sports City itu, Al-Nassr gagal ke final selepas tewas 2-3 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale.

ACLE: Trio berbisa bawa Al-Nassr ke separuh akhir
Cristiano Ronaldo memacu Al-Nassr dalam Liga Juara-Juara Elit (ACLE) selepas menang selesa 4-1 ke atas Yokohama F. Marino di Jeddah pagi tadi.

Ronaldo jaring gol, pimpin Al-Nassr ke separuh akhir AFC Champions Elite
Pemain berusia 40 tahun itu menjaringkan gol kelapannya dalam kejohanan ini menerusi aksi cemerlang separuh masa pertama.

Cristiano Ronaldo ledak gol ala-ala Puskas bantu Al-Nassr lakar kemenangan
Skuad Ronaldo meraih kemenangan 2-1 di tempat sendiri semalam untuk merapatkan jurang di tempat kedua Al-Hilal kepada satu mata dalam Liga Pro Saudi.

Cristiano Ronaldo sertai francais permainan video 'Fatal Fury'
Cristiano Ronaldo mengumumkan penglibatannya dalam dunia hiburan akan menyaksikan dia bakal menjadi salah satu karakter dalam permainan video Fatal Fury.

Mbappe menyamai rekod luar biasa Ronaldo dengan gol kemenangan epik
Bintang antarabangsa Perancis itu menjaringkan dua gol menentang Leganes ketika Madrid menang 3-2 pada malam Sabtu.