awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cristiano Ronaldo tunai impian anak yatim Lubnan

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
19/12/2015
06:34 MYT
Cristiano Ronaldo tunai impian anak yatim Lubnan
Impian Haidar untuk bertemu Ronaldo (gambar) menjadi kenyataan apabila dia diberi peluang bertemu legenda bola sepak itu pada Jumaat. -Gambar fail
BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyambut kehadiran seorang anak yatim, Haidar dari Lubnan di Stadium Santiago Bernabeu, semalam.
Haidar yang baru berusia 3 tahun itu kehilangan ibu bapanya bulan lalu dalam satu serangan bom.
Impian Haidar untuk bertemu Ronaldo menjadi kenyataan pada Jumaat apabila dia diberi peluang untuk bertemu legenda bola sepak tersebut.
Perkara ini diumumkan oleh kelab Real Madrid menerusi satu kenyataan di laman web kelab itu.
Gambar Ronaldo memeluk Haidar yang menyarung jersi Real nombor 7 turut disiarkan laman web tersebut.
Difahamkan Haidar menerima hadiah jersi itu daripada presiden kelab, Florentino Perez.
ronaldo
ronaldo
Kredit gambar: Kelab Real Madrid
Susulan serangan ngeri di ibu negara Lubnan bulan lalu, cerita Haidar dan gambarnya disemat pada baju Real Madrid untuk membawa kesedaran di mata dunia.
Malah, sejak insiden itu, kelab tersebut telah berusaha mencari kanak-kanak berkenaan untuk menguruskan pertemuan bagi merealisasikan impiannya bertemu Ronaldo.
ronaldo
ronaldo
Kredit Gambar: Kelab Real Madrid
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Haidar
#lubnan
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan