awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuma Hamidin serahkan borang pengesahan pencalonan Presiden FAM - Yusoff

Bernama
Bernama
03/06/2018
16:16 MYT
Cuma Hamidin serahkan borang pengesahan pencalonan Presiden FAM - Yusoff
FAM telah mengedarkan borang setuju terima pencalonan kepada ketiga-tiga nama yang dicalonkan. - Gambar fail/BERNAMA
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan cuma Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin sahaja yang sudah menyerahkan borang pengesahan pencalonan bagi jawatan presiden badan induk bola sepak negara itu.
Beliau berkata pihaknya telah mengedarkan borang setuju terima pencalonan kepada ketiga-tiga nama yang dicalonkan iaitu Hamidin, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebelum ini.
"Setakat ini kami sudah menerima satu borang pengesahan sahaja iaitu dari Datuk Hamidin dan yang dua lagi tu belum," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis berbuka puasa FAM bersama pengamal media tempatan di sini hari ini.
"Saya juga sudah adakan perjumpaan bersama kedua-dua calon berkenaan dan mereka meminta sedikit masa tambahan.
"Mereka mempunyai masa sehingga 14 Jun untuk menyerahkan semula borang berkenaan," katanya.
Yusof menjangkakan FAM akan menerima jawapan mereka sebelum tarikh tersebut.
Untuk rekod, Hamidin yang mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan dikejutkan dengan pencalonan saat akhir Annuar oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Azim daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
Kerusi Presiden FAM yang dikosongkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2 April lalu.
Jika dua calon itu sah bertanding, akan berlaku pertarungan tiga penjuru dalam untuk jawatan itu semasa Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Azim Mohd Zabidi
#Annuar Musa
#bola sepak
#borang pengesahan pencalonan
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#jawatan presiden
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#Setiausaha Agung FAM
#yusoff mahadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan