awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

De Bruyne berjuang untuk cergas hadapi Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
05/03/2020
01:55 MYT
De Bruyne berjuang untuk cergas hadapi Manchester United
Kevin De Bruyne ketika bermain dalam perlawanan pusingan 16 Liga Juara-juara antara Real Madrid dan Manchester City di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol, 26 Feb, 2020. (Foto AP/Fail)
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola, tidak pasti sekiranya Kevin De Bruyne sempat pulih menjelang perlawanan 'derby' menentang Manchester United akibat kecederaan bahu.
De Bruyne tidak terlibat ketika City berkunjung ke wakil Liga Kejuaraan, Sheffield Wednesday, awal pagi tadi untuk mara ke suku akhir Piala FA menerusi jaringan tunggal Sergio Aguero.
Bercakap selepas kemenangan itu, Guardiola mendedahkan pemain bintangnya itu tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang dialaminya pada penghujung perlawanan akhir Piala Liga (Inggeris) mementang Aston Villa hujung minggu lalu.
Pengurus City itu mengakui dia tidak pasti sama ada pemain berusia 28 tahun berkenaan sempat cergas untuk aksi awal pagi Isnin depan di Old Trafford bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Kevin mempunyai masalah di sini (menunjuk bahunya)," kata Guardiola kepada media. "Dia tidak cergas.
"Dalam perlawanan terakhir, pada minit-minit terakhir dia terjatuh di kedudukan yang buruk hingga ditimpa masalah di belakangnya, kami tidak tahu berapa lama (dia akan tersisih).
Ditanya apakah pemain antarabangsa Belgium itu akan beraksi ketika mereka menghadapi United, tambahnya: "Saya tidak tahu."
De Bruyne hanya muncul sebagai pemain gantian separuh masa kedua menentang Villa di Stadium Wembley selepas Ilkay Gundogan dikeluarkan pada minit ke-58.
Tiga hari selepas perlawanan menentang seteru setempat itu, City akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal dalam perlawanan EPL disusuli aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) dengan Real Madrid di Stadium Etihad pada 18 Mac depan.
Topic Berkaitan
#kecederaan
#Kevin de Bruyne
#Liga Kejuaraan
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Manchester United
#pengurus
#Pep Guardiola
#Piala FA
#Pulih
#Sergio Aguero
#Sheffield Wednesday
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan