awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debaran sepak mula Liga M musim 2016

Astro Arena
Astro Arena
23/01/2016
07:06 MYT
Debaran sepak mula Liga M musim 2016
Penyandang juara Liga Super, JDT bakal membuka kempen mereka dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah dengan juara Piala Malaysia, Selangor di Larkin.
Tirai Liga Super musim 2016 yang disingkap pada tanggal 13 Januari ini sudah pasti menjanjikan saingan sengit dengan rata-rata setiap pasukan cukup bersemangat membuat persediaan rapi.
Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) bakal membuka kempen mereka dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah dengan juara Piala Malaysia, Selangor di Larkin.
Perlawanan ini turut menjanjikan mata dalam saingan Liga Super.
Selain itu, lima lagi perlawanan akan turut dilangsungkan serentak pada jam 9 malam.
Pahang FC akan berdepan pemenang playoff di antara ATM dan T-Team di tempat sendiri, sementara Felda United yang bakal menggunakan gelanggang baharu mereka, Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang diuji Kedah.
Dalam pada itu, PDRM pula akan menanti kunjungan Sarawak yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Bagi peminat pasukan Perak pula, mereka memiliki peluang awal untuk menyaksikan sejauh mana kemampuan The Boss Gaurus secara lebih dekat apabila bakal beraksi dua perlawanan awal di Stadium Ipoh.
Perak akan berentap dengan Kelantan sebelum bertemu Kedah tiga hari selepas itu.
Kempen Liga Perdana pula akan berlangsung sehari sebelum itu, iaitu pada Jumaat dengan satu perlawanan akan berlangsung pada jam 4.45 petang yang menemukan UiTM FC dengan Sabah di Shah Alam diikuti lima lagi perlawanan pada jam 9 malam.
Perlis akan bertemu sama ada ATM atau T-Team, Sime Darby yang tersingkir daripada Liga Super musim lalu akan menguji kemampuan pasukan Melaka yang bercita-cita tinggi.
Pasukan bimbingan E Elavarasan, PKNS FC bertemu dengan Kuala Lumpur, JDT II pula akan menentang DRB-Hicom dan Negeri Sembilan bertemu Kuantan FA sebelum perlawanan kedua kedua pada Isnin.
Topic Berkaitan
#ATM
#bola sepak
#Felda United
#JDT
#Liga Perdana
#Liga Super 2016
#Pahang FC
#T-Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan