PETALING JAYA: Pemain kacukan Malaysia-Australia David Rowley sanggup terbang semula ke Malaysia dalam tempoh 72 jam selepas tiba di Berlin, Jerman kerana keterujaannya dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon.
Pemain tengah Sri Pahang FC itu yang hampir tiga tahun tidak bertemu keluarga berkata beliau tidak teragak-agak untuk kembali ke Kuala Lumpur, sejurus dimaklumkan namanya disenarai bagi persediaan menghadapi Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dari 20 Dis sehingga 16 Jan depan.
"Saya tiba di Jerman dan selepas tiga hari saya cakap pada isteri saya maaf saya mesti balik Malaysia dan dia sangat terkejut tetapi gembira.
"Saya memang ada perancangan untuk bercuti, saya tak jumpa keluarga dan isteri sudah tiga tahun tapi ini lah bola sepak," katanya yang membuat kejutan bertutur dalam Bahasa Malaysia ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) di Kelana Jaya di sini, pada Rabu.
Rowley yang berazam untuk berada dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala AFF, merupakan antara muka baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat pasukan negara bermula 29 Nov lepas, selain dua rakan sepasukannya di Sri Pahang yang juga pemain naturalisasi Sergio Aguero dan Lee Tuck.
Katanya beliau sudah bersedia dengan apa sahaja arahan dan yang bakal diberikan Pan Gon demi memastikan pasukan mencapai kejayaan disasarkan.
"Saya akan cuba yang terbaik jika diminta untuk menjaringkan gol, saya akan cuba, jika bertahan, saya akan cuba bertahan untuk pasukan...dengan Sri Pahang saya berikan terbaik, saya jaringkan gol. Jadi saya berharap saya boleh jaringkan gol pada sepakan sudut, sepakan percuma dan juga membantu pemain baharu dalam pasukan," kata pemain berusia 32 tahun itu.
Dalam pada itu, Rowley yang mengumpul keseluruhan tujuh gol bersama Sri Pahang musim ini, mengakui tidak pernah berjumpa seorang jurulatih seperti Pan Gon sepanjang karier bola sepaknya, disebabkan sikap profesional amat tinggi ditonjolkan jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun itu.
"Setiap hari kita ada perancangan, ia sangat teliti bermula dari bangun ke (waktu) tidur semuanya kita tahu. Sikap profesional beliau (Pan Gon) sangat tinggi dan sesuatu yang saya tidak pernah lihat sebelum ini," katanya.
Sebagai persediaan menghadapi Piala AFF akan datang, Malaysia akan mengharungi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing menentang Kemboja di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jumaat ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Dis ini.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B Piala AFF 2022 akan memulakan cabaran dengan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Dis, Laos di Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Rowley ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, 7 Dis 2022. - Facebook Football Association of Malaysia

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

PSM rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penggunaan VAR dilengkapi minimum lapan kamera, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.

Cabaran buat Ahmad Syihan tempatkan diri dalam kesebelasan utama
Penjaga gol JDT itu berkata tiga lagi rakan yang turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

Laine harap tampil keupayaan sebenar bersama Harimau Malaya
Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine,berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya.

Fayadh tekad rebut kesebelasan utama Harimau Malaya
"Saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain yang baik."

Beri masa Josue, Dos Santos sesuaikan diri dengan corak permainan Harimau Malaya - Pan Gon
Selain dua pemain Brazil itu, Kim turut memanggil 12 muka baharu menyertai latihan bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

'Ini skuad Harimau Malaya paling mantap'
Barisan 27 pemain untuk dua aksi persahabatan disifatkan antara skuad terbaik dimiliki Kim Pan-gon.

Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual hari ini
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Perak perkenal pelancongan pemuliharaan di Berlin bantu lindungi Harimau Malaya
Perak memperkenalkan pakej ITB 2023 yang memberi peluang pelancong antarabangsa bercuti sambil membantu misi pemuliharaan biodiversiti hutan Royal Belum di Perak.

Pan-gon tampil lapan muka baru perkuat Harimau Malaya
Evolusi era kepimpinan Kim Pan-gon kini memasuki fasa peralihan apabila pengumuman senarai 27 pemain yang dipanggil untuk berada dalam kem latihan pusat.

Liga Super: Argzim Redzovic tetap sabar tunggu impian bergelar pemain naturalisasi
Pertahanan Terengganu FC, Argzim Redzovic, tetap bersabar menunggu impiannya untuk bergelar pemain naturalisasi negara terlaksana.