awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dia tentu hempuk saya - Khabib bimbang dimarahi bapa

Sinar Harian
Sinar Harian
08/10/2018
02:36 MYT
Dia tentu hempuk saya - Khabib bimbang dimarahi bapa
Khabib dilatih sejak kecil oleh bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov yang diangkat sebagai bapa sukan MMA di Dagestan. Foto Sinar Harian
Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov mengakui bakal dihempuk bapanya sebaik menjejak kaki ke kampung halamannya di Sidli, Dagestan.
Khabib, 30 tahun, berkata bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov pasti tidak gembira dengan tindakannya meluru keluar gelanggang dan menyerang pasukan Conor McGregor pada pertembungan UFC 229 di Las Vegas, pada Ahad.
"Saya tahu dia marah. Dia akan hempuk saya bila kami bertemu di kampung nanti," katanya.
Tambahnya, "Bapa ajar saya supaya sentiasa menghormati orang lain, tapi mereka (kem McGregor) sudah melampaui batas."
Bagi yang baru mengenali Khabib, petarung Islam ini dilatih bapanya sejak kecil dan Abdulmanap diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan lapan juara dunia dan Olimpik (gusti roman-greko, sambo dan judo).
BACA: UFC 229: McGregor kata tak sabar nak 'rematch' dengan Khabib
Sementara itu, Khabib turut memberitahu bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin telah menghubunginya untuk mengucapkan tahniah sebaik pertarungan UFC 229 berakhir.
"Ramai orang bercakap mengenai Conor bergambar dengan Putin dan media menggembar-gemburkan perkara itu.
"Tapi saya bangga, kerana sebentar tadi Putin menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah," katanya.
BACA: MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
Khabib mempertahankan tali pinggang Lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat dengan aksi submission.
Sebelum pertarungan di Las Vegas, petarung Rusia itu berikrar untuk membelasah McGregor selepas dihina berbulan-bulan termasuk serangan bas di Brooklyn.
Pada sidang media tiga hari sebelum pertarungan, Khabib berkata di hadapan penyokong Ireland: "Alhamdulillah, Tuhan beri saya segalanya. Pada 6 Oktober nanti, saya akan belasah dia. Kita tengok nanti...InsyaAllah." - Agensi
Topic Berkaitan
#bapa
#Conor McGregor
#Khabib Nurmagomedov
#Las Vegas
#lightweight
#MMA
#Rusia
#serang
#UFC 229
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan