awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU akan melabur di Greenland, bangunkan peralatan pertahanan sedia Artik - von der Leyen
Sebahagian AS dijangka terima salji hingga 30cm, udara sejuk mengancam nyawa
AS dedah pelan ‘Gaza Baharu’ dengan pencakar langit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disiplin taktikal, cuaca jadi keutamaan Kim Swee di Korea

Astro Arena
Astro Arena
17/12/2017
13:27 MYT
Disiplin taktikal, cuaca jadi keutamaan Kim Swee di Korea
Kim Swee mahu pemain ikut arahan dan sesuaikan diri. - Gambar fail Bernama
"Ikut arahan dan segera menyesuaikan diri."
Demikian kriteria utama pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, terhadap anak buahnya untuk merebut tempat dalam skuad akhir 23 pemain dalam Kejohanan AFC B-23 di China, bulan depan.
Seramai 26 pemain muda negara berangkat ke Mokpo, Korea Selatan, hari ini untuk persediaan fasa akhir kejohanan itu.
"Saya tidak boleh bercakap tentang kriteria tertentu. Apa yang saya ingin lihat dalam tiga perlawanan di Korea nanti, mereka dapat mengikut arahan. Jika mereka mampu mengikut arahan dan bermain dalam cuaca sejuk, mungkin ini merupakan kriteria utama.
"Jika mereka mampu menyesuaikan diri dengan secepat mungkin, ia mungkin menjadi faktor (pemilihan). Namun, tiga perlawanan persahabatan yang akan kami lalui nanti menjadi faktor utama," kata Kim Swee.
Skuad B-23 negara akan berdepan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab di Korea bermula dengan Mokpo City (20 Disember) disusuli Jeonju Universiti (22 Disember) dan Jeonju Citizen (28 Disember).
Satu lagi aksi persahabatan dijangka pada 5 Januari di Nanjing, China.
"Kami tidak pernah beraksi di tempat yang terlalu sejuk sehingga perlu memakai sarung tangan. Jadi, kami perlu membiasakan diri dengan korea buat yang terbaik," ujar tonggak tengah, Khairul Anuar Zamri.
Dalam masa sama, penyerang negara, Safawi Rasid, juga berharap dapat segera menyesuaikan diri dengan cuaca sebelum berdepan Jordan, Iraq dan Arab Saudi dalam aksi Kumpulan C Kejohanan AFC B-23.
"Kami akan fokus tiga perlawanan persahabatan di Korea terlebih dan saya harap kami meraih keputusan positif di samping menyesuaikan diri dengan cuaca," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Khairul Anuar Zamri
#Korea Selatan
#Mokpo
#Ong Kim Swee
#pemilihan
#Safawi Rasid
#skuad B-23 negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan