awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Djokkovic dibenar beraksi di Terbuka Australia 2023

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2022
02:15 MYT
Djokkovic dibenar beraksi di Terbuka Australia 2023
Aksi Novak Djokovic (gambar) ketika bermain menentang Andrej Rublev dari Rusia ketika Jelajah Dunia Akhir ATP, di Pala Alpitour, Turin, Itali, 16 Nov 2022. (Foto AP)
BEKAS pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic berpeluang untuk menyertai Terbuka Australia tahun depan selepas kerajaan negara tersebut meluluskan permohonan visanya.
Kerajaan Australia dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan memberikan visa kepada Djokovic dibuat selepas pihaknya mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan.
“Djokovic telah diberikan visa sementara untuk memasuki Australia,” kata Menteri Imigresen Australia Andrew Giles.
Sementara itu Djokovic, yang masih belum divaksinasi, mengesahkan bahawa dia kini telah diberi kebenaran untuk bertanding pada kejohanan tersebut.
“Saya sangat gembira menerima berita itu semalam. Terbuka Australia adalah Grand Slam saya yang paling berjaya kerana pernah mencipta beberapa kenangan terbaik di sana.
“Sudah tentu, saya mahu kembali ke sana. Saya mahu bermain tenis dan melakukan yang terbaik di kejohanan tersebut,”ujarnya.
Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini, dihantar pulang oleh kerajaan Australia sehari sebelum berlangsungnya Terbuka Australia 2022 selepas dia tiba di negara tersebut tanpa vaksin COVID-19. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Terbuka Australia
#Visa
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan