KUALA LUMPUR: Isu doping yang kembali menghantui arena angkat berat negara mencetuskan keresahan buat Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sekiranya badan induk itu sekali lagi dikenakan hukuman oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
Perkara itu dinyatakan Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat kepada Bernama susulan terdapat tiga kes penggunaan bahan terlarang direkodkan atlet angkat berat pada tahun ini dengan terkini membabitkan seorang badang wanita yang disahkan positif sibutramine.
Beliau berkata sekiranya didenda oleh IWF, ia perlu dibayar oleh atlet atau persatuan negeri terlibat.
"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti hukuman penggantungan terhadap negeri yang gagal memantau atlet di bawah seliaan masing-masing.
"Setiap kes positif perlu dirujuk kepada Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan IWF... kita juga risau jika dikenakan sebarang tindakan tetapi saya berharap tidak dikenakan apa-apa hukuman kerana isu ini turut berlaku di negara lain (dan) ada negara yang lagi banyak kes," katanya.
IWF pada 2019 mendenda PABM sebanyak AS$25,600 (lebih kurang RM110,000) berikutan kes doping membabitkan empat atlet negara, selain turut digantung daripada menyertai sebarang aktiviti IWF selama setahun bermula 1 Apr 2020, manakala semua atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Khamis lepas, Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Azura Abidin mengesahkan bahawa seorang badang wanita berusia 22 tahun, didapati positif doping pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan yang berlangsung di Rompin, Pahang pada Oktober lepas.
BACA: Tindakan tegas menanti pihak terlibat isu doping - PABM
Pada Mei, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan Muhammad Ikram Haikal Muhammad Zuari didapati positif anabolik steroid yang menyaksikan PABM membubarkan skuad angkat berat kebangsaan, mengakibatkan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa 1 Nov lepas.
Mengulas lanjut, Ayub berkata bagi mengekang isu doping daripada terus berlaku, PABM mengambil pelbagai langkah pencegahan termasuk memberi peringatan kepada atlet dan bekerjasama dengan ADAMAS bagi program kesedaran dan melakukan ujian doping, sekali gus berharap ia dapat memberi keyakinan kepada IWF.
Beliau berkata ujian doping akan dilakukan sebelum dan ketika kejohanan serta ujian mengejut ketika di kem latihan.
"Tetapi gejala itu masih belum dapat dikekang kerana kecuaian atlet sendiri yang menggunakan suplemen dan herba tanpa merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan ADAMAS," katanya.
Ayub berkata pihaknya juga sedang menyiasat jika penggunaan bahan terlarang dalam sukan angkat berat didalangi oleh mana-mana pihak dan punca bagaimana atlet wanita itu positif sibutramine.
"Sibutramine adalah bahan perangsang banyak didapati dalam produk kuruskan badan yang banyak dijual di pasaran dan secara dalam talian. Ia bukan bahan larangan untuk orang ramai, tetapi tidak dibenarkan untuk atlet.
"Antara andaian ialah jika atlet tersebut mengambil pil diet atau produk kuruskan badan kerana berat badan melebihi kategorinya. Bagaimanapun, apabila bahan terlarang itu berada dalam badan ia menjadi tanggungjawab mereka sendiri," katanya.
ADAMAS dijangka mengadakan sesi pendengaran bagi kes itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021
Ayub berkata bagi mengekang isu doping daripada terus berlaku, PABM mengambil pelbagai langkah pencegahan termasuk memberi peringatan kepada atlet. - Gambar fail BERNAMA
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Jia Xin disahkan positif doping, digantung dua tahun
Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.