KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memberi amaran bahawa tindakan tegas bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam isu doping sukan itu, yang seolah-olah tiada kesudahan.
Presidennya Datuk Ayub Rahmat berkata PABM juga tidak akan teragak-agak untuk menggantung mana-mana negeri terlibat daripada menyertai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, bagi beberapa tempoh berikutan penyalahgunaan bahan larangan.
"PABM komited membanteras isu penyalahgunaan bahan larangan ini dengan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang terlibat. Ia akan diputuskan setelah menerima keputusan penuh dari Panel Pendengaran yang akan ditubuhkan oleh Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) nanti.
"Baru-baru ini PABM membubarkan skuad kebangsaan rentetan dari isu doping membabitkan dua atlet kebangsaan. PABM akan terus bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), ADAMAS dan Institut Sukan Negara (ISN), bagi membunuh musuh nombor satu dalam sukan ini," katanya menerusi kenyataan.
Menurut Ayub, PABM sentisa menjemput ADAMAS untuk memberikan taklimat dan melakukan ujian doping kepada atlet yang bertanding dalam kejohanan-kejohanan yang diadakan.
Ayub turut menekankan bahawa semua pengambilan bahan suplemen, produk, ubatan dan herba perlu dirujuk terlebih dahulu dengan MSN, ADAMAS atau ISN, bagi mengelakkan atlet mengambil bahan terlarang yang tidak dibenarkan dalam sukan.
Dua hari lepas, Pengarah ADAMAS Azura Abidin mengesahkan bahawa seorang badang wanita berusia 22 tahun, didapati positif doping penggunaan bahan terlarang jenis sibutramine, pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan yang berlangsung di Rompin, Pahang pada Oktober tahun ini.
Pada Mei, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan Muhammad Ikram Haikal Muhammad Zuari turut positif doping, yang menyaksikan PABM membubarkan skuad angkat berat kebangsaan, mengakibatkan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa 1 Nov lepas.
PABM pada 2018 telah mengenakan hukuman penggantungan selama tiga tahun kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Mohd Hafifi Mansor serta penggantungan empat tahun kepada Mohamad Fazrul Azrie Mohdad, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhammad Zaidi Nordin dan Ronny Jesus, kerana positif doping.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
PABM komited membanteras isu penyalahgunaan bahan larangan ini dengan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang terlibat. - Gambar hiasan/Astro ARENA
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Jia Xin disahkan positif doping, digantung dua tahun
Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.
Glowacki digantung empat tahun, gagal ujian doping
Bekas juara tinju WBO Cruiserweight, Krzysztof Glowacki boleh melupakan pertarungan di gelanggang selama empat tahun selepas gagal ujian doping.
‘Saya terkejut bila mula dapat tahu sangkut doping’ - Kumar
Kumar positif bahan terlarang jenis sibutramine ketika menggalas cabaran The Speedy Tigers pada Piala Asia di Dhaka, Bangladesh.
Keputusan atlet gagal doping diketahui dua bulan lagi - Adamas
Pengarah Adamas, Azura Abidin berkata, sesi pendengaran membabitkan kes berkenaan telah diadakan pada Isnin lepas.
'Kopi pelangsing' punca atlet gagal doping
Katanya, satu kerugian jika atlet gagal ujian doping ditambah pula makan tambahan yang diambil tidak beri sebarang kesan tambahan.
Atlet olahraga digantung 'sangkut' doping - Adamas
Arena sukan negara dicemari dengan satu lagi insiden doping, kali ini melibatkan seorang atlet olahraga semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN.