awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
26/01/2018
05:00 MYT
Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team
Mineski Pro Team terdiri daripada beberapa pemain profesional tanah air termasuk Chai Yee Fung (Mushi) dan Kam Boon Seng (Nana). - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia hari ini umum kerjasama mereka bersama pasukan profesional Dota 2 Asia Tenggara Mineski Pro Team sebagai penaja dan rakan penerbangan rasmi.
Pengurus Penjenamaan Serantau AirAsia Ben Rynjah berkata langkah kerjasama itu adalah permulaan bagi pihak AirAsia untuk menceburi industri e-sukan di rantau ini dengan lebih mendalam.
“Sebagai syarikat penerbangan Asia Tenggara, AirAsia komited untuk membantu bakat-bakat pemain di rantau ini dan kami semangat berbangga dapat melakukan kerjasama ini dengan Mineski Pro Team.
“Penajaan ini juga menunjukkan komitmen kami terhadap golongan muda dan generasi Z,” katanya ketika mengumumkan kerjasama selama setahun itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC) Resorts World Genting di sini hari ini.
Beliau juga berkata AirAsia akan melakukan lebih banyak aktiviti berkaitan e-sukan termasuk bersama pemain amatur dan profesional bagi menyemarakkan industri ini.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Presiden Mineski Pro Team Orrin Xu dan kesemua pemain Dota 2 Mineski Pro Team.
Mineski Pro Team terdiri daripada beberapa pemain profesional tanah air termasuk Chai Yee Fung (Mushi) dan Kam Boon Seng (Nana).
Selebihnya daripada Singapura, Thailand dan Filipina iaitu Daryl Koh Pei Xiang (iceiceice), Anucha Jirawong (Jabz) dan Michael Ross Jr (Ninjaboogie).
Menurut Mushi, kerjasama ini adalah sangat bermakna bagi pasukan itu memandangkan AirAsia merupakan syarikat yang terkenal di seluruh dunia.
Mineski Pro Team kini berada di kedudukan ke-5 dalam Dota Pro Circuit dengan 810 mata kelayakan ke The International 2018.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#chai yee fung
#Dota 2
#Kam Boon Seng
#mineski pro team
#mushi
#Nana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan