KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Antidoping Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Dr SS Cheema mempersoalkan mengapa atlet berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak dinasihatkan untuk menjalani saringan pengimejan resonans magnetik (MRI) oleh pakar perubatan.
Dr Cheema berkata tiada tindakan diambil meskipun terdapat aduan tentang beberapa simptom berkaitan jantung oleh atlet berbasikal itu.
"Ini kerana pada peringkat anda, seorang atlet berprestasi tinggi, mengadu mengenai simptom-simptom biasa seperti berasa mengantuk, kesakitan (pada dada) adalah agak biasa, tetapi tiada seorang pun yang mengambil tindakan lanjut," ulas beliau semasa sidang media secara dalam talian mengenai situasi kesihatan Mohd Azizulhasni, pada Ahad.
Mohd Azizulhasni, 34, mengumumkan bahawa beliau semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi yang janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne pada 21 April lepas.
Penyakit berbahaya itu membawa risiko serangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.
BACA: Azizulhasni jalani pembedahan jantung 21 April lalu, rawat komplikasi 'mengancam nyawa'
Sementara itu, Mohd Azizulhasni menjelaskan kondisi kesihatannya itu hanya boleh dikesan menerusi ujian canggih dan ujian elektrokardiogram (ECG), ekokardiogram dan angiogram koronari CT beliau terdahulu gagal mengesan masalah tersebut.
"Saya sangat bertuah kerana selepas itu saya melakukan MRI yang mengesan penyakit tersebut. Saya ketika itu sangat sihat, tidak mempunyai sebarang isu jantung, saya menyertai pertandingan dan menjalani latihan, tetapi saya cuma rasa tidak selesa pada dada, jadi saya fikir ia adalah normal untuk seorang atlet kerana kami melakukan latihan peringkat tinggi.
"Saya ingin menasihatkan semua, sama ada individu biasa atau seorang atlet, kita semua perlu melakukan saringan kesihatan penuh bagi memastikan kita tidak mempunyai isu lain.
"Saya rasa ia sangat penting untuk semua atlet melakukan pemeriksaan lengkap bagi memastikan mereka tidak mempunyai penyakit jarang jumpa ini kerana manalah tahu sekiranya kita ada penyakit ini," tambahnya.
Dalam pada itu, laman media sosial atlet Olimpik itu dibanjiri pesanan daripada para peminat dan mereka yang mendoakan beliau.
Pada sambutan Aidilfitri tahun lepas, arena sukan Malaysia dikejutkan dengan kematian mengejut pemanah kebangsaan Haziq Kamaruddin yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan akibat komplikasi saluran darah jantung tersumbat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022

Dr Cheema berkata tiada tindakan diambil meskipun terdapat aduan tentang beberapa simptom berkaitan jantung oleh atlet berbasikal itu. - Gambar fail/BERNAMA

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - PDRM
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia – Zafrul
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Sah! BN gerak solo pada PRU15

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Sukan Komanwel: Kejayaan raih gangsa bukti Shah Firdaus ke fasa lebih baik - Mohd Azizulhasni
Dengan prestasi yang ditunjukkan Shah Firdaus mampu membuat kejutan di pentas Olimpik Paris 2024 akan datang.

Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.

ISN, IJN pantau dan bantu pemulihan Mohd Azizulhasni
Pasukan itu juga akan merangka satu program pemulihan berstruktur yang berdasarkan bukti menggunakan data-data penting.

Ahmad Faizal kagum semangat kental Azizulhasni
Ahmad Faizal berkata pelumba berusia 34 tahun itu juga, menunjukkan pemulihan cukup baik untuk kembali meneruskan latihan dalam masa beberapa bulan lagi.

Azizulhasni teruskan misi emas Paris 2024 selepas jalani pembedahan jantung
Misinya untuk memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024 akan tetap diteruskan demi negara.

Dr Cheema persoal mengapa Azizulhasni tidak dinasihatkan jalani MRI
Dr Cheema berkata tiada tindakan diambil meskipun terdapat aduan tentang beberapa simptom berkaitan jantung oleh atlet berbasikal itu.

Azizulhasni Awang dalam tempoh berehat - Reezal Merican
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menghubungi Datuk Mohd Azizulhasni Awang selepas atlet itu mengesahkan telah menjalani pembedahan jantung.

Azizulhasni jalani pembedahan jantung 21 April lalu, rawat komplikasi 'mengancam nyawa'
Datuk Azizulhasni Awang menjalani pembedahan jantung di Hospital Epworth Richmound, Melbourne pada 21 April.

Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ia akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.

Azizulhasni, Cheong Min Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan atlet wushu kebangsaan Tan Cheong Min, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.