Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangan bernilai dan sokongan yang berkekalan kepada industri sukan permotoran negara pada Anugerah Sukan Permotoran Petronas Sepang International Circuit (SIC)-Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) 2018 malam ini.
Dr Mahathir adalah orang yang mula mengilhamkan idea untuk memiliki kereta nasional, seterusnya membuka jalan bagi pembangunan bakat dan teknologi tempatan dalam industri automotif, sekaligus merealisasikan pembinaan SIC dan meniupkan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menceburi sukan permotoran, baik di arena tempatan mahupun antarabangsa.
Dr Mahathir adalah penerima pertama Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang disampaikan pada Majlis Anugerah SIC-MAM edisi ketiga.
Ketua pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata ia berupa satu keistimewaan besar untuk memberi penghormatan kepada Dr Mahathir pada anugerah sukan permotoran utama Malahysia.
"Tun Dr Mahathir adalah satu-satunya orang yang bertanggungjawab terhadap cetusan idea itu yang memulakan evolusi sukan permotoran moden di Malaysia. Sejak kelahiran SIC pada 1999 dan memperkenalkan sukan Formula Satu di Malaysia, bakat sukan permotoran di Malaysia telah melakar kejayaan unggul di dalam dan luar negara.
"Dalam masa kurang daripada 20 tahun, kita telah melahirkan pelumba muda Malaysia yang beraksi di peringkat tertinggi dalam perlumbaan motor dunia seperti Alex Yoong dalam Formula Satu, Hafizh Syahrin dalam MotoGP dan pasukan pertama Malaysia iaitu Jazeman Jaafar, Nabil Jefri dan Weiron Tan dalam 24 Hours of Le Mans, " katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini, malam ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Wan Zukiflee yang juga Presiden Petronas turut mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir atas penerimaan anugerah tersebut.
"Bagi pihak Petronas, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sokongan dan sumbangan yang berterusan ke arah pembangunan industri sukan permotoran di Malaysia," katanya.
Sementara itu, pelumba MotoGP Malaysia yang pertama, Hafiz Syahrin Abdullah menerima pengiktirafan tertinggi atas prestasi cemerlangnya dalam sukan permotoran dengan merangkul Petronas International Rider of the Year Award.
Penunggang kelahiran Selangor itu yang membawa kebanggaan dan kegembiraan sebagai rakyat Malaysia pertama yang cemerlang dalam kejohanan MotoGP Dunia kelas pertama musim lalu sementara Monster Yamaha Tech 3 turut membawa pulang Motorsports Peoples Choice Award.
Dalam pada itu, Jazeman dinobatkan sebagai International Driver of the Year tahun ini selepas kejayaannya dalam Kejohanan Enduran Dunia bersama dua orang lagi rakyat Malaysia, Nabil dan Tan.
Pemandu perlumbaan profesional Malaysia, Mark Darwin muncul sebagai SIC National Driver of the Year sementara pemenang Kejohanan Malaysia Superbike (MBSK) Terbuka 250 2017, Mohd Aiman Tahiruddin meraih anugerah National Rider of the Year.
Panel hakim juga memilih Dream Chaser sebagai Pasukan Kebangsaan Terbaik untuk kategori pacuan empat roda manakala SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing memenangi anugerah Pasukan Kebangsaan Terbaik dalam kategori pacuan roda dua.
Malam anugerah itu juga mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada mereka yang terlibat dalam sukan permotoran Malaysia seperti Allen Oh, Ng Wei Leong, Jazeman, Nabil, Tan dan Kuan Huah Chin yang nama mereka akan terpahat dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Permotoran Malaysia.
Upacara itu turut menyaksikan tiga pengamal media meraih anugerah iaitu Sukhairi Thani (Berita Harian) untuk Wartawan Terbaik dan Riduan Rizal Ahmad (Utusan Malaysia) untuk Jurugambar Terbaik manakala Hasnida Hanim Ahmad Kamil-Ahi Seregar (TV3) memenangi kategori Elektronik Terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 12 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup yang disampaikan oleh Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya (dua, kiri) pada Majlis Anugerah PETRONAS SIC Persatuan Permotoran Malaysia (MOM) hari ini. - Foto Bernama
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Dr Mahathir diberi penghormatan penerima anugerah pencapaian sepanjang hayat pada majlis anugerah SIC-MAM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangan bernilai dan sokongan yang berkekalan kepada industri sukan permotoran.