Dua gol Mbappe lonjak Real Madrid ke puncak La Liga

Mbappe (kanan) meraikan bersama Vinicius Junior dan Gonzalo Garcia selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan La Liga antara Villarreal dan Real Madrid di Villarreal, 24 Jan 2026. (Foto AP)
DUA jaringan Kylian Mbappe ketika menewaskan Villarreal 2-0 di Estadio La Ceramica awal pagi tadi sudah cukup untuk memacu Real Madrid menghuni tangga teratas dalam saingan La Liga ketika ini.
Skuad Los Blancos mengatasi Barcelona selaku musuh tradisi yang berada di tangga kedua dengan perbezaan dua mata. Madrid kini mengumpul 51 mata selepas 21 perlawanan dengan mereka telah meraih 16 kemenangan, tiga kalah dan dua keputusan seri.
Untuk rekod, dua gol Mbappe itu menyaksikan dia telah mengumpul 21 gol dalam saingan liga secara keseluruhan musim ini.
"Mbappe dan Vinicius adalah pemain terbaik di dunia, mereka merupakan pemain yang boleh mengimbangi pasukan dan kami cuba memberikan bola kepada mereka sebanyak yang mungkin.
"Saya sangat gembira (mereka) berada dalam prestasi ini dan yang paling penting adalah kerana kerja keras yang telah mereka lakukan." kata jurulatih Real Madrid, Alvaro Arbeloa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


