awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gol penalti Ronaldo pastikan Al-Nassr benam Al-Ittihad

Astro Arena
Astro Arena
27/12/2023
00:25 MYT
Dua gol penalti Ronaldo pastikan Al-Nassr benam Al-Ittihad
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua sepakan penalti ketika Al-Nassr mengatasi Al-Ittihad 5-2 dalam saingan Liga Pro Saudi.
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan dua sepakan penalti ketika Al-Nassr mengatasi Al-Ittihad 5-2 dalam saingan Liga Pro Saudi.
Pertembungan itu menyaksikan pertemuan semula bekas bintang Real Madrid, Ronaldo dan Karim Benzema, yang berhijtah ke Al-Ittihad musim panas lalu.
Al-Ittihad mendahului menerusi Abderrazak Hamdallah pada minit ke-14, namun Al-Nassr diberikan sepakan penalti di mana Ronaldo tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya lima minit kemudian.
53 pic.twitter.com/oSXXSL0UCU
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) December 26, 2023
Talisca membenarkan Al-Nassr mendahului pada minit ke-38 namun Hamdallah menyamakan kedudukan enam minit memasuki separuh masa kedua.
Ronaldo kemudian sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-68 untuk kembali mendahului permainan sekaligus merekodkan gol ke-53 untuk tahun 2023.
Al-Ittihad terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-66 apabila Fabinho dilayangkan kad merah dan Sadio Mane menjaringkan gol pada minit-75 dan 82 untuk menoktahkan kemenangan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Karim Benzema
#Al-Nassr
#Liga Pro Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan