awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua jaguh tenis Sepanyol menonjol

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
23:55 MYT
Dua jaguh tenis Sepanyol menonjol
Dua jaguh Sepanyol, Rafael Nadal dan David Ferrer bermula garang apabila mudah menjinakkan lawan masing-masing pada perlawanan di pusingan pertama.
Terdahulu Ferrer turun ke gelanggang bertemu pemain tidak ternama dari Amerika Syarikat, Wayne Odesnik menerusi Kejohanan Tenis Antarabangsa Acapulco.
Pilihan utama itu nyata tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 6-2, pada set pertama.
Ketika Odesnik gagal untuk bangkit, Ferrer pula terus menyerlah dengan aksi bertenaga melengkapkan kemenangan 6-1, pada set kedua.
Sejurus selepas itu, Nadal beraksi menentang pemain Argentina Martun Alund.
Nadal yang berusaha untuk mengembalikan prestasi terbaiknya selepas selama tujuh bulan tidak bermain akibat kecederaan turut melakukan permulaan yang penuh bertenaga apabila mudah membenam cabaran Alund 6-0, pada set pertama.
Bagaikan tersentak, Alund bangkit dan berjaya member saingan kepada bekas pemain tenis no 1 dunia itu.
Bagaimanapun kehebatan Nadal tetap sukar digugat apabila Alund tewas 6-4 pada set kedua sekaligus memastikan kemaraan pemain Sepanyol itu ke suku akhir.
Topic Berkaitan
#David Ferrer
#Martun Alund
#Rafael Nadal
#Wayne Odesnik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan