Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli, tidak sabar untuk berlumba semula, pada Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) yang akan berlangsung di Czech GP di litar Automotodrom Brno.
Quartararo yang kini di tempat kelapan dengan 67 mata, bersedia untuk kembali cemerlang di Brno, selepas gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan terakhir di GP Jerman.
Bagaimanapun dengan masa yang mencukupi untuk pulih selepas menjalani pembedahan di tangannya pada May, beliau yakin akan dapat kembali ke prestasi sebelum ini, yang menyaksikan beliau berjaya menaiki podium dua kali, apabila beraksi di Brno.
"Brno merupakan satu litar yang saya suka, kerana ia pantas, dengan pendakian dan pertukaran arah dan tidak terlalu banyak laluan lurus. Saya telah berehat mencukupi untuk tangan dan bahu saya sembuh dan telah berlatih keras, bersedia untuk menghabiskan musim ini.
"Tangan dan bahu saya sudah pulih dan saya telah menunggang motocross untuk mengesahkannya. Saya mahu tahu bagaimana akan rasa ketika berlumba. Saya harapkan ia akan sama seperti perlumbaan sebelum ini, dalam kedudukan lapan terbaik. Kami juga tahu kami boleh sangat pantas pada sesi kelayakan, jadi kami boleh mengharapkan yang terbaik, " kata Quartararo dalam kenyataan dikeluarkan pasukan.
Rakan sepasukan Morbidelli juga mengharapkan keputusan yang baik, untuk perbaiki prestasi yang meletakkannya kini di tempat ke-11, dengan 52 mata kejohanan.
Dengan litar yang sesuai untuk cara beliau berlumba dan jentera Yamaha YZR-M1, Morbidelli yakin yang beliau boleh kembali ke-10 teratas pada perlumbaan 4 Ogos.
"Brno merupakan salah satu daripada litar terbaik dalam kalendar perlumbaan dan ia sesuai untuk Yamaha, jadi saya tidak sabar untuk ke sana. Saya rasakan yang kami agak baik dalam beberapa perlumbaan sebelum ini dan saya harap saya boleh bermula dari sana dan perbaiki di mana yang kami tinggalkan.
"Sukar untuk nyatakan sasaran, kerana ia bergantung kepada orang lain juga, tetapi kami boleh menjadi kompetetif dan menyasarkan kedudukan lima terbaik," kata Morbidelli.
Perlumbaan di Automotodrom Brno akan bermula pada Jumaat 2 Ogos, dengan latihan bebas bermula 9.55 pagi waktu tempatan (3.55pm waktu Malaysia) dan perlumbaan bermula 2 petang waktu tempatan (8.00pm waktu Malaysia) pada Ahad 4 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019
Quartararo (kiri) yang kini di tempat kelapan dengan 67 mata, bersedia untuk kembali cemerlang di Brno, selepas gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan terakhir di GP Jerman. - Foto BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT
Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali adalah individu paling gembira apabila pelumba pasukannya Fabio Quartararo meraih kemenangan berganda di Litar Jerez, Sepanyol pa
Quartararo rangkul kemenangan sulung MotoGP
Muncul sebagai pelumba kedua Perancis memenangi kelas premier sejak rakan senegara Regis Laconi rangkul kemenangan sama di Litar Valencia pada 1999.
Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.
Quartararo sambar petak pertama GP Thailand
Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) pada Sabtu.
MotoGP: Fabio, John naik podium
Fabio kini berkedudukan ketujuh keseluruhan dengan 92 mata, manakala Franco di tempat ke-12 dengan 58 mata.
Grand Prix Itali: Quartararo bermula dari petak kedua
Quartararo, yang mencatatkan masa kedua pantas pada sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas melakukan masa terbaik sepusingan satu minit dan 45.733 saat.