awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duka di ambang Aidilfitri buat Arab Saudi

Israr Khalid
Israr Khalid
14/06/2018
17:14 MYT
Duka di ambang Aidilfitri buat Arab Saudi
Pemain Rusia merai kemenangan selepas menewaskan pasukan Arab Saudi pada perlawanan pertama Piala Dunia 2018 di Luzhniki Stadium, Moscow. - REUTERS
HASRAT Arab Saudi untuk meraikan kemenangan berganda tatkala umat Islam seluruh dunia bersedia menyambut Aidilfitri tidak kesampaian, sebaliknya satu duka apabila dibelasah Rusia 5-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2018 pada Khamis.
Seakan semuanya serba tidak kena, semangat untuk melangkah ke bulan Syawal entah ke mana dan terpaksa tunduk kepada keegoan besar tuan rumah di hadapan 81,000 penonton dari serata dunia di Stadium Luzhniki.
Awal permainan, corak permainan kedua-dua pasukan nampak seimbang, masing-masing kurang kemas, penguasaan bola sering bertukar tangan.
Namun tuah nampaknya memihak kepada Rusia apabila seawal minit ke-12 apabila Yuri Gazinskiy membuka tirai jaringan kempen Piala Dunia edisi ke-21 dengan menanduk masuk bola hantaran Aleksandr Golovin ke gawang Arab Saudi.
Tiga minit kemudian Fedor Smolov hampir menggandakan jaringan, namun syukur diselamatkan penjaga gol Saudi, Abdullah Al Mualouf. Kawalan Abdullah bocor juga oleh rembatan kencang Denis Cheryshev dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Saudi nampak meyakinkan untuk bangkit pada babak kedua apabila lebih menguasai bola, tetapi ia tidak memberi makna apabila Artem Dzyuba meledak tidak sampai seminit selepas masuk padang menggantikan Fedor Smolov pada minit ke-70.
Gegak gempita penyokong tuan rumah meruntuhkan lagi semangat pemain Saudi, apabila Cheryshev meledak gol keduanya pada perlawanan itu untuk Russia mendahului 4-0 pada minit ke-91.
Luka ambang Aidilfitri anak didik Juan Antonio Pizzi bertambah perit apabila giliran Golovin pula membuat jaringan pada minit keempat masa tambahan, melengkapkan kemenangan Rusia untuk mengungguli Kumpulan A buat masa ini.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Awani FIFA
#Bual Bola
#FIFA
#Piala Dunia 2018
#Piala Dunia FIFA 2018
#Raya Bola
#Raya Bola 2018
#Rusia
#russia 2018
#World Cup 2018
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan