KUALA LUMPUR: Ng Eain Yow dan S. Sivasangari, masing-masing juara perseorangan lelaki dan wanita pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadii sandaran Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) untuk mencabar kedudukan podium pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam) optimis bahawa Eain Yow, 25, dan Sivasangari, 24, akan berada pada prestasi tahap kemuncak serta mampu menghuni kelompok 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
"Buat masa ini, Eain Yow berada dalam kedudukan kelompoik 20 terbaik manakala Sivasangari meskipun berada di tangga ke-37, namun bermain seperti pemain teratas 20.
"Saya percaya dua-dua permain ini mempunyai potensi untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dalam masa lima tahun dan mungkin berpeluang untuk memenangi pingat untuk Malaysia di Los Angeles," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Selain Eain Yow dan Sivasangari, Maniam juga percaya bahawa pasangan adik-beradik Aifa dan Aira Azman serta pemain perseorangan lelaki, Ameeshenraj Chandaran merupakan prospek pingat atau berada dalam kelompok 10 terbaik dunia pada masa itu.
Berdasarkan potensi menyumbang pingat pada LA28, Maniam berkata SRAM akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mngenai rancangan untuk membantu pemain berkenaan mencapai kecemerlangan di Los Angeles.
Sementara itu, katanya, SRAM sangat gembira dengan keputusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jumaat lalu untuk menyenaraikan acara perseorangan skuasy sebagai salah satu daripada lima sukan tambahan pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Empat lagi sukan tambahan tersebut ialah kriket, sukan tradisi Amerika Syarikat iaitu flag football, lacrosse dan besbol-sofbol pada temasya LA28 itu.
Maniam berkata komuniti skuasy gembira mengetahui bahawa semua usaha keras oleh Persekutuan Skuasy Dunia sepanjang dekad lalu akhirnya membuahkan hasil dengan pengiktirafan skuasy oleh IOC dan akan membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Maniam percaya Eain Yow dan Sivasangari berpotensi untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dalam masa lima tahun dan berpeluang memenangi pingat untuk Malaysia di Los Angeles. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Yiwen umum bersara selepas 10 tahun wakili negara
Pemain skuasy wanita negara Chan Yiwen mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan semalam selepas 10 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan itu.
SRAM diminta bentang rancangan ke Sukan Olimpik kepada Jawatankuasa RTG 2028
Ia termasuk mengenal pasti empat pemain perseorangan lelaki dan empat pemain perseorangan wanita yang berpotensi mewakili negara.
Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
SRAM terus usaha lahir lebih ramai 'Nicol David'
SRAM bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan CIMB telah mewujudkan program bukan hanya setakat di peringkat sekolah malah juga daerah.