awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Clasico: Messi ketuai Barca calar ego Los Blancos

Astro Arena
Astro Arena
23/12/2017
23:19 MYT
El Clasico: Messi ketuai Barca calar ego Los Blancos
Messi merakamkan gol kedua perlawanan LaLiga itu menerusi sepakan penalti untuk gol ke-17 peribadinya ke atas Los Blacos. - Reuters
REAL MADRID 0 BARCELONA 3
Lionel Messi membuktikan betapa dia menggemari pertemuan dengan Real Madrid selepas bintang Barcelona itu muncul antara penjaring dalam kemenangan 3-0 dalam El Clasico di Santiago Bernabeu.
Pemain Argentina itu merakamkan gol kedua perlawanan LaLiga itu menerusi sepakan penalti untuk gol ke-17 peribadinya ke atas Los Blacos -- rekod jaringan terbanyak oleh mana-mana pemain dalam LaLiga.
Pencapaian individu terbaru itu sebahagian daripada kejayaan Messi sejak dia membuat kemunculan sulung bersama gergasi Catalan itu pada Oktober 2004.
Selepas gagal memecah kebuntuan pada awal 45 minit permainan, Luiz Suarez, Messi dan Aleix Vidal menghadiahkan rentetan kemenangan ketiga El Clasico di tempat lawan, untuk mereka melebarkan kedudukan kepada sembilan mata di atas Atletico Madrid dalam perebutan tampuk LaLiga.
Real Madrid mengetengahkan empat pemain di bahagian tengah yang turut menampilkan Mateo Kovacic sementara Cristiano Ronaldo yang baru pulih daripada kecederaan kembali dalam barisan utama.
Gandingannya dengan Karim Benzema pada awalnya kelihatan berbahaya dan hampir meletakkan Madrid di depan, namun gol tandukannya pada minit pertama dihukum ofsaid.
Barca hanya memerlukan sembilan minit selepas permainan bersambung untuk menghukum pertahanan lawan melalui Suarez.
Tugas pasukan juara bertahan itu yang dikendalikan Zinedine Zidane semakin sukar sejurus Dani Carvajal diperintah keluar padang kerana sengaja menghadang bola dengan tangan tatkala pintu gol tuan rumah sudah terbuka.
Situasi itu dimanfaatkan Messi untuk menyempurnakan penalti itu dan secara secara tidak langsung, Madrid semakin ketinggalan untuk mengekalkan mahkota kejuaraan dengan jurang 14 mata.
Skuad Zidane yang membawa aura kemenangan Piala Dunia Kelab, minggu lalu, cuba mengubah nasib pasukannya dengan memasukkan Gareth Bale, sebaliknya pemain gantian Barca, Vidal, pula terus mencalar maruah Madrid untuk gol ketiga perlawanan pada masa kecederaan.
Topic Berkaitan
#barcelona
#bola sepak
#El Clasico
#Real Madrid
#Santiago Bernabeu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan