BIRMINGHAM: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mungkin antara harapan penyumbang pingat kepada Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, namun, dia tidak 'berani' terlalu memikirkan untuk melangkah ke podium di Pusat Akuatik Sandwell yang serba baharu di sini.
"Saya tidak mahu memikirkan soal memenangi pingat kerana saya percaya ia akan membuatkan saya tertekan. Tetapi saya hanya berharap untuk melakukan terjunan terbaik saya di Birmingham," katanya kepada Bernama.
Nur Dhabitah akan mencuba nasib dalam empat acara iaitu 3 meter (m) papan anjal wanita, 3m papan anjal seirama wanita (dengan Wendy Ng Yan Yee), 10m platform seirama wanita (bersama Datuk Pandelela Rinong) dan 3m papan anjal seirama campuran (bersama Muhammad Syafiq Puteh).
Mengenai persiapannya setakat ini, pemenang tiga pingat gangsa Sukan Komanwel itu mengakui, masih ada ruang untuk diperbaiki terutama dari segi teknikal menjelang temasya empat tahun sekali itu, di sini.
Bagaimanapun, Nur Dhabitah percaya rakan sepasukannya telah berlatih tanpa jemu dalam usaha mencapai sasaran satu pingat emas yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi kem terjun negara di sini.
"Sama ada dapat atau tidak, itu belakang cerita, saya tahu rakan sepasukan saya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan kini tiba masanya untuk kami beraksi," katanya.
Selain kem terjun, MOM telah menetapkan sasaran emas untuk badminton, boling padang, powerlifting, gimnastik berirama dan angkat berat.
Kontinjen negara akan diwakili 162 individu membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 petugas.
Sukan Komanwel 2022 akan bermula esok hingga 8 Ogos, dengan kira-kira 6,500 atlet dari 72 negara dan wilayah dijangka mengambil bahagian pada edisi kali ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Nur Dhabitah akan mencuba nasib dalam empat acara iaitu 3 meter (m) papan anjal wanita, 3m papan anjal seirama wanita, 10m platform seirama wanita dan 3m papan anjal seirama campuran di Sukan Komanwel Birmingham 2022. - Gambar BERNAMA

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Korporat | Perodua kenal pasti dua cabaran tahun ini
Dua cabaran utama dikenalpasti oleh Perodua bagi tahun ini melibatkan peningkatan kapasiti vendor dan bekalan semikonduktur. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu sudah merangka strategi bagi memastikan dua cabaran ini diurus dengan baik.

Automotif | Tempahan tanpa SST akan tetap diberikan selepas tarikh akhir
Perodua memberi jaminan semua tempahan yang dibuat sebelum pengecualian SST dihentikan akan tetap diberikan meskipun pelanggan menerima kenderaan selepas 31 Mac, iaitu tarikh akhir serahan bagi tempahan dengan pengecualian SST. Ketika ini Perodua mempunyai sejulah 220,000 tempahan tertunggak.

Video Trump beri keterangan bersumpah didedah
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Pantau Kerajaan Baharu: Cari keseimbangan pembangunan, warisan dan identiti negara
Sempena Hari Wilayah, tetamu, Ts Dr Shahariah Norain Shaharuddin, Pensyarah Kanan (Konservasi Warisan), Fakulti Alam Bina dan Ukur akan mengupas bagaimana kita semua boleh mencari keseimbangan dalam menyokong kerancakan pembangunan pada masa sama, tetap teguh memelihara seni bina warisan seperti bangunan bersejarah, masjid, tempat kediaman yang menjadi identiti negara.

Lebih 25,000 unit kediaman, komersil dibina sejak 50 tahun - Naza TTDI
Syarikat akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, projek premium dan mercu tanda.

Mangsa banjir di Sabah berkurangan
Daerah terjejas turut berkurang daripada empat daerah kepada tiga daerah sahaja.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007490/16117688611675212323924_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Gee Gee Ahmad. - Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 hari ini. - Menu Rahmah: Lebih 15,000 restoran tawar juadah RM5 bantu golongan B40. - Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah. #AWANInews

Wanita Indonesia maut selepas bersalin di rumah
Mayatnya telah dibawa ke Forensik Hospital Rembau untuk di tujuan bedah siasat pada Rabu.

Penerjun muda mampu dominasi emas sukan terjun - Nur Dhabitah
Nur Dhabitah tidak akan beraksi di Sukan SEA Kemboja, sebaliknya, beri tumpuan pada Kejohanan Dunia di Fukuoka dan Sukan Asia di China.

Nur Dhabitah raih tiga emas di Grand Prix KL
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri meraih tiga pingat emas Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, hari ini.

Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.

Sukan Komanwel: Dhabitah-Syafiq hadiahkan gangsa pada hari terakhir di kolam renang
Skuad terjun negara menamatkan saingan pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham dengan meraih satu pingat gangsa dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran, hari ini.

Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham
Beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempat.

Sukan Komanwel: Kesilapan terjunan sebab Pandelela-Nur Dhabitah tercicir gangsa
Pasangan itu silap langkah dan hanya mampu mengumpul 41.28 mata untuk menjunam ke kedudukan keenam.

Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata.

10m platform: Pandelela gagal naik podium
Atlet dari Sarawak itu berharap akan dapat melakukan terjunan yang lebih konsisten dalam dua lagi acara yang akan disertainya.

Elak tekanan, Dhabitah tidak mahu fikir sangat soal podium di Birmingham
Nur Dhabitah Sabri enggan memikirkan soal memenangi pingat kerana itu hanya akan membuatkannya tertekan.

Sukan Komanwel Birmingham: Nur Dhabitah impi akhiri musim dengan nota gemilang
Fokusnya Nur Dhabitah kini terarah kepada pemantapan teknik terjunan serta keserasian menjelang Sukan Komanwel Birmingham.