awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat

Bernama
Bernama
19/04/2024
15:17 MYT
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur melakukan siasatan selepas klip video perlumbaan Ahad menunjukkan Robert Keter dan Willy Mnangat serta Dejene Bikila dari Ethiopia sengaja memperlahankan larian sebelum garisan penamat. - Gambar hiasan/Unsplash
BEIJING: Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Penganjur melakukan siasatan selepas klip video perlumbaan Ahad menunjukkan pelari Kenya, Robert Keter dan Willy Mnangat serta Dejene Bikila dari Ethiopia sengaja memperlahankan larian sebelum garisan penamat untuk memberi kemenangan kepada He Jie dari China.
Ketiga-tiga pelari Afrika itu telah dijemput oleh Xtep, penaja rasmi Beijing Half Marathon, untuk bertindak sebagai pace-setter, tetapi tidak layak untuk bersaing sebagai atlet elit, kata Jawatankuasa Penganjur dalam satu kenyataan.
"Trofi, pingat dan bonus mereka akan dikembalikan," tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dilucutkan pingat
#garisan penamat
#atlet elit
#memberi kemenangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan