KUALA LUMPUR:Enam pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan, sekali gus melayakkan mereka beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Enam pasukan berkenaan terdiri daripada dua pasukan Liga Super iaitu Pahang dan Melaka, manakala bakinya adalah empat pasukan Liga Premier iaitu Kelantan, Sarawak United FC, Pulau Pinang dan Kuching City FC.
Bagaimanapun, Pengerusi First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata lesen kelab kebangsaan dengan bersyarat yang diberikan kepada UKM FC sebelum ini ditarik balik kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan.
"Walaupun pasukan Melaka berjaya memperoleh lesen kelab kebangsaan, pasukan berkenaan masih perlu menyelesaikan tunggakan bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM276,169.75," katanya dalam kenyataan dikeluarkan FAM Jumaat malam.
Sekiranya Persatuan Bola Sepak Melaka gagal membuat bayaran, tindakan tegas boleh diambil termasuk penarikan balik lesen (kelab kebangsaan) boleh dikenakan oleh FIB, katanya.
Sheikh Mohd Nasir menegaskan pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan terhadap enam pasukan berkenaan untuk memastikan tiada tunggakan atau terdapat perjanjian bersama untuk penyelesaian atau bayaran berjadual supaya pasukan tersebut masih dalam pematuhan dengan syarat oleh lesen mereka.
Beliau turut memaklumkan lesen penuh kebangsaan yang diberikan kepada enam pasukan berkenaan boleh ditarik balik pada bila-bila masa, sekiranya mereka didapati melanggar artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM atau mempunyai kes tunggakan berkaitan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa dan Konfederasi Bola Sepak Asia.
Pada 5 Okt lalu, tujuh pasukan berkenaan diberikan lesen kelab kebangsaan dengan bersyarat oleh pihak FIB Pelesenan Kelab FAM kerana masih mempunyai tunggakan yang perlu diselesaikan termasuk tunggakan gaji dan mereka diberi tempoh sehingga 31 Okt lepas untuk menyelesaikan kesemua tunggakan yang ada dengan pasukan masing-masing.
Bagaimanapun, FAM bersetuju memberi tempoh lanjutan sehingga 31 Dis 2020 kepada kesemua tujuh pasukan berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Badan induk itu memperkenalkan Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration (SD) pada 2019 untuk memantau kes tunggakan kepada pemain, pegawai dan agensi kerajaan yang merangkumi tempoh selepas lesen diberi iaitu 1 Julai hingga 30 Nov pada tahun berkenaan sebagai langkah proaktif untuk memastikan penyelesaian tunggakan diambil oleh pasukan.
Kesemua pasukan Liga-M diwajibkan mengisytiharkan segala tunggakan termasuk bayaran gaji, bayaran LHDN dan caruman KWSP dalam SD berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021
Enam pasukan berkenaan terdiri daripada dua pasukan Liga Super, manakala bakinya adalah empat pasukan Liga Premier. - BERNAMA
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).