awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Bruno Fernandes optimis kemasukan muka baharu beri tonik tambahan buat Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
21/08/2024
00:00 MYT
EPL: Bruno Fernandes optimis kemasukan muka baharu beri tonik tambahan buat Manchester United
Fernandes percaya usaha pengurusan Manchester United membawa muka baharu mampu memberikan tonik tambahan buat pasukan itu untuk bersaing. - Foto Astro ARENA
KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes, mempercayai usaha pihak pengurusan kelabnya membawa muka baharu mampu memberikan tonik tambahan buat pasukan untuk bersaing, malah sehaluan dengan matlamatnya sebelum bersetuju dengan kontrak baharu untuk kekal di Old Trafford hingga 2027.
Dia komited dengan masa depan jangka panjangnya bersama The Red Devils selepas menandatangani kontrak baharu minggu lalu sebelum musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) membuka tirai.
Walaupun skuad kendalian Erik Ten Hag itu menamatkan saingan liga musim lalu di tempat kelapan, mereka berjaya merangkul trofi Piala FA Inggeris selepas menewaskan Manchester City 2-1 di Stadium Wembley.
"Kelab ini sedia maklum bahawa saya mahu bersaing dengan pasukan yang terbaik," katanya kepada MUTV.
"Meraka juga mengetahui bahawa kami perlu memperbaiki pasukan ini dan saya berfikiran bahawa kami juga sedang melakukannya.
HOME pic.twitter.com/OqmM90SZ9B
— Bruno Fernandes (@B_Fernandes8) August 14, 2024
"Saya katakan pada mereka bahawa: "Saya tidak memerlukan anda berjanji kami akan memenangi liga
"Tetapi sekurang-kurangnya kami akan mempunyai pasukan yang mampu bersaing sepanjang musim nanti, untuk cuba merangkul trofi serta bersaing di peringkat tertinggi.
"Sejujurnya, ketika ini saya melihat kelab ini sedang berusaha ke arah itu." katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#EPL
#Bruno Fernandes
#Manchester United
#the Red Devils
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan