NOTTINGHAM FOREST 0 TOTTENHAM HOTSPUR 2
Ketua jurulatih Tottenham, Antonio Conte, yakin Son Heung-min akan menamatkan kemarau jaringannya tidak lama lagi sambil berkata, sikap penyerang itu amat bagus sehingga dia sanggup untuk menjadikannya menantu.
Son musim lalu berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama pemain Liverpool, Mohamed Salah, tetapi dia masih belum menemui sebarang jaringan bagi musim 2022-23.
Harry Kane, dalam pada itu, bertindak sebagai penyumbang gol utama buat Spurs sepanjang empat perlawanan pertama musim ini dan dua jaringan terbarunya menyaksikan mereka menewaskan Nottingham Forest 2-0 dalam perlawanan EPL di The City Ground lewat malam tadi.
Bagaimanapun, Conte tiada sebarang kegusaran mengensai Son, yang dipercayainya boleh menjadi contoh kepada seluruh pasukannya.
"Sonny benar-benar seorang pemain yang matang. Dia pemain terbaik, seorang yang amat bagus. Jika saya perlu mencari suami untuk anak perempuan saya, saya mahukan seorang sepertinya," kata Conte dalam sidang media.
"Pada ketika ini, mungkin dia amat menderita kerana dia tidak dapat menjaringkan gol tetapi dia perlu terus mempercayai dirinya kerana dia mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.
"Dia perlu bertenang. Kami mempercayainya. Sudah pasti dia agak kecewa kerana dia tidak menjaringkan gol tetapi ia bukan satu masalah buat saya. Son akan sentiasa menjadi sebahagian daripada visi bola sepak saya," katanya.
Astro Arena
Mon Aug 29 2022
Harry Kane (kiri) dan Richarlison meraikan gol kedua pasukan mereka ketika perlawanan EPL antara Nottingham Forest dan Tottenham Hotspur di stadium City Ground, Nottingham, England, 28 Ogos 2022. (Foto AP)
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mac 2024]
Antara fokus #AWANIpagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB
PBB tidak boleh merancang operasi bantuan Gaza lebih awal kerana keadaan yang disifatkan sebagai tidak menentu.
Jiwa SME: Digitalisasi lonjakkan perniagaan Ahmad Foo pasca pandemik
Pengalaman menghadapi PKP memaksa Ahmad Fuad, pengasas restoran Ahad Foo-Halal Chinese Foodstyle, mengadaptasi menu untuk menarik lebih ramai pelanggan, sambil menekankan kepentingan adaptasi digital dalam era ekonomi yang mencabar.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Polis rakam keterangan KK Super Mart minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AS terima laporan penahanan wartawan Al Jazeera
Amerika Syarikat menunggu maklumat lanjut daripada Israel berkenaan penahanan wartawan Al Jazeera di Gaza.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
EPL: Rodrigo Muniz wira Fulham kejutkan Tottenham
Kemenangan dalam aksi ini akan menyaksikan Spurs bimbingan Ange Postecoglou memintas Aston Villa.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
Klopp yakin Liverpool berhak dapat dua sepakan penalti
Perlawanan yang sedang rancak dihentikan seketika pada minit terakhir perlawanan bagi memberi laluan buat pengadil melakukan VAR.
EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami'
John Stones memberikan pasukannya kelebihan dengan jaringan gol pendahuluan pada minit ke-23.
EPL: Pep Guardiola mahu anak buahnya sedia perangi Liverpool
Guardiola mahu Manchester City agar bersedia untuk 'mengatasi segala rintangan' dalam perlawanan merebut kejuaraan EPL menentang Liverpool.
EPL: Tandukkan emas Havert pacu Arsenal ke puncak liga
Kai Havert menanduk masuk jaringan kemenangan pada penghujung minit permainan ketika menentang Brentford.
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.
'Kami harap penyokong berada di belakang kami'
Pengendali kelahiran Argentina itu bergelut membina asas kukuh skuad Chelsea mewah, namun berada di tangga ke-11 dalam EPL.
Guardiola tempelak perancang jadual EPL
Guardiola berkata tiada negara lain paksa wakilnya bermain liga domestik pada Ahad apabila mereka ada perlawanan peringkat Eropah pada Rabu.
EPL: Paul Tierney dijangka jaga VAR
Dia dipilih sebagai pembantu video bantuan pengadil (VAR) untuk perlawanan Arsenal bertemu Brentford, Ahad ini.