awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL disambung semula minggu ini

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2020
00:17 MYT
EPL disambung semula minggu ini
Liverpool mungkin mengesahkan kejuaraan milik pasukan Merseyside itu seawal Ahad ini jika City gagal menewaskan Arsenal dalam perlawanan yang akan berlangsung pada 18 Jun ini jam 3:15 pagi. - Gambar hiasan
LIGA Perdana Inggeris (EPL) akan bersambung semula minggu ini dengan perlawanan minggu ke-29 yang tidak sempat dimainkan akibat pandemik COVID-19.
Dua baki perlawanan tersebut adalah Aston Villa menentang Sheffield United dan Manchester City menentang Arsenal pada awal pagi Khamis.
Peminat bola sepak Inggeris sudah pasti tidak sabar untuk menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi semula dalam saingan EPL yang digantung sejak 13 Mac akibat pandemik COVID-19.
Semasa liga dihentikan, Liverpool yang menang 27 daripada 29 perlawanan mendahului carta dengan 82 mata.
The Reds meninggalkan jauh Manchester City di tempat kedua dengan 25 mata dan memerlukan sekurang-kurangnya dua kemenangan sahaja untuk mengesahkan kejuaraan menjadi milik mereka.
BACA: EPL dijangka kembali 17 Jun, penantian Liverpool bakal berakhir?
BACA: COVID-19: Tiada kes positif dalam saringan terkini EPL
Kali terakhir Liverpool memenangi gelaran utama Liga Inggeris adalah pada 1990 dan pandemik COVID-19 merencatkan usaha The Reds melakar pelbagai sejarah baharu EPL.
Liverpool mungkin mengesahkan kejuaraan milik pasukan Merseyside itu seawal Ahad ini jika City gagal menewaskan Arsenal dalam perlawanan yang akan berlangsung pada 18 Jun ini jam 3:15 pagi.
City yang dikendalikan Pep Guardiola akan menerima kunjungan Arsenal yang dibimbing bekas pembantu pengurus The Citizens, Mikel Arteta.
BACA: Premier League bakal tunjukkan solidariti terhadap Black Lives Matter
BACA: Anda sudah bersedia untuk Premier League?
Arsenal melalui prestasi tidak menentu musim ini apabila sekadar mencatat sembilan kemenangan dan 40 mata kini berada di tangga kesembilan liga.
Sementara Liverpool akan mengharungi Merseyside Darby menentang jiran mereka Everton pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#COVID-19
#EPL
#gantung
#kejuaraan
#kemenangan
#Liverpool
#Manchester City
#perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan