awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Eriksen kembali perkuat Manchester United lawan Everton

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2023
01:00 MYT
EPL: Eriksen kembali perkuat Manchester United lawan Everton
Christian Eriksen ketika beraksi pada perlawanan Piala FA pusingan ke-4 antara Manchester United dan Reading di Old Trafford, Manchester, England, 28 Jan 2023. - Gambar fail AP
CHRISTIAN Eriksen akan kembali memperkuatkan Manchester United menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton malam ini -- selepas lebih dua bulan berehat.
Pemain kebangsaan Denmark itu mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan Piala FA menentang Reading pada 28 Januari lalu, di mana dia menerima terjahan keras daripada Andy Carroll.
Sehari selepas perlawanan itu, pengurus United, Erik ten Hag, tidak berselindung dalam menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap terjahan Carroll itu sebelum Eriksen dijangka terpaksa berehat selama tiga bulan.
Ia merupakan satu tamparan besar buat United, di mana pemain Denmark itu telah mengambil tempat sebagai pemain utama Di Old Trafford sejak menyertai pasukan berkenaan secara ejen bebas.
Bagaimanapun, proses pemulihan Eriksen berjalan dengan baik dan dia kini kelihatan bersedia untuk diturunkan ketika menentang Everton, dan ia bermakna tempoh pemulihannya tamat hampir sebulan lebih awal berbanding apa yang dijangkakan.
Back in the mix @ChrisEriksen8#MUFC || #MUNEVE pic.twitter.com/jjf5pd6bZe
— Manchester United (@ManUtd) April 7, 2023
Berita baik itu juga tiba selepas Luke Shaw disahkan tidak akan dapat menyertai perlawanan berkenaan.
Ditanya mengenai tahap kecergasan pemainnya, Ten Hag, berkata: "Luke Shaw tidak dapat diturunkan (menentang Everton) dan kami akan melihat perkembangannya sepanjang seminggu ini.
"Berita baiknya adalah Christian Eriksen sudah kembali berlatih dan dia akan kembali berada dalam skuad esok," katanya.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Christian Eriksen
#EPL
#Everton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan