awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Ia perasaan yang hebat untuk jadi pemain Manchester United - Mazraoui

Astro Arena
Astro Arena
14/08/2024
02:30 MYT
EPL: Ia perasaan yang hebat untuk jadi pemain Manchester United - Mazraoui
Noussair Mazraoui merupakan pemain kedua dari Bayern Munich yang menyertai Manchester United. Seorang lagi pemain yang diumumkan berpindah ke United ialah Matthijs de Ligt.
MANCHESTER United mengesahkan pembelian Noussair Mazraoui daripada Bayern Munich.
Bek kiri itu menandatangani kontrak empat tahun bersama The Red Devils dengan kesepakatan bernilai 17 juta pound (RM97.46 juta).
Dia merupakan pemain kedua menyertai United daripada gergasi Bundesliga itu hari ini, di mana kelab itu turut mengumumkan ketibaan Matthijs de Ligt.
Mazraoui menyertai Bayern pada Julai 2022, membuat 55 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang tempoh dua tahunnya dan kini bersatu semula dengan Erik ten Hag, yang memberinya penampilan sulung di Ajax.
Musim lalu, dia mencipta peluang ketiga terbanyak dalam kalangan pertahanan Bayern (15) walaupun hanya membuat 19 penampilan dalam Bundesliga.
“Ia satu perasaan yang hebat untuk menjadi pemain Manchester United dan saya tidak sabar untuk ke Old Trafford dengan memakai seragam merah,” kata Mazraoui kepada saluran media United.
"Saya sedar bahawa saya menyertai kelab ini pada masa yang menarik, setiap orang yang saya ajak bercakap mempunyai cita-cita yang sama untuk kami memenangi trofi bersama dan saya dapat rasakan keazaman mereka untuk mencapainya.
"Erik ten Hag memainkan peranan penting dalam perkembangan saya sebagai pemain, jadi ia sangat mengujakan untuk bersatu semula dengannya ketika saya memasuki tahun-tahun perdana kerjaya saya.
"Saya tahu apa yang dia harapkan daripada pemainnya dan saya akan memberikan segalanya untuk membantu kejayaan pasukan ini," katanya
Mazraoui merupakan pembelian keempat United dalam jendela perpindahan kali ini selepas Joshua Zirkzee dan Lenny Yoro turut menyertai kelab itu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Noussair Mazraoui
#Bayern Munich
#Erik ten Hag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan