Newcastle United 3 - 4 Manchester City

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini Manchester City meraikan satu lagi kemenangan apabila menundukkan Newcastle United 4-3.

Biarpun ketinggalan satu gol seawal 30 minit pertama, City bangkit dan kemudian mendahului.

Ferran Torres menjaringkan hatrik pada minit ke 42, 64 dan 66 untuk membantu City melakar sejarah tersendiri.

City sah menjulang gelaran juara selepas Manchester United tewas kepada Leicester City Selasa lalu.

Ia memberikan kelebihan mata selesa buat City.

Walaupun berbaki dua lagi perlawanan, City setakat ini sudah mengumpul 83 mata untuk unggul selaku peneraju.