TOTTENHAM HOTSPUR 2 LIVERPOOL 1
Pengurus Liverpool, Jurgen Klop,p mempersoalkan kredibiliti pegawai VAR selepas Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) berjanji akan menyiasat keputusan menafikan jaringan Luis Diaz sewaktu kekalahan dramatik 1-2 kepada Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Diaz sepatutnya meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-34 apabila dia meluru ke arah bola daripada hantaran Mohamed Salah dan membuat rembatan ke penjuru bawah gawang Spurs tetapi bendera ofsaid segera dinaikkan pembantu pengadil.
Semakan video bantuan pengadil (VAR) kemudian dilakukan Darren England di Stockley Park dan ia turut dipaparkan kepada penyokong melalui skrin besar di dalam stadium tetapi perlawanan itu tetap diteruskan dengan keputusan ofsaid itu dikekalkan.
Badan pengadil PGMOL akui berlaku "kesilapan yang ketara" dan VAR "gagal campur tangan" bagi memperbetulkan kesilapan itu.
Liverpool tetap meneruskan perlawanan dengan sembilan pemain dan kekecewaan mereka bertambah apabila Joel Matip tertampan hantaran lintang Pedro Porro ke gawang sendiri tetapi perbincangan selepas perlawanan itu tertumpu kepada kesilapan mengelirukan yang berlaku separuh masa pertama itu.
"Siapa yang boleh bantu sekarang? Situasi ini pernah berlaku ketika perlawanan Wolves dan Manchester United. Adakah Wolves diberikan mata tambahan? Tidak," bidas Klopp ketika dimaklumkan mengenai kenyataan PGMOL.
"Kami tidak akan mendapatkan mata jadi ia hanya sia-sia. Tiada siapa menjangkakan 100 peratus keputusan yang tepat di atas padang tetapi kita semua menganggap apabila adanya VAR, ia mungkin akan memudahkan segalanya.
"Saya tidak tahu kenapa mereka... adakah mereka terlalu tertekan? Untuk gol itu, saya boleh katakan keputusan dibuat terlalu tergesa-gesa. Ia mengubah segala momentum perlawanan dan itulah keputusannya."
Astro Arena
Sun Oct 01 2023
Reaksi Jurgen Klopp selepas tamat perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Liverpool di Stadium Tottenham Hotspur, London, England, 30 Sept 2023. (Foto AP)
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
EPL: Paul Tierney dijangka jaga VAR
Dia dipilih sebagai pembantu video bantuan pengadil (VAR) untuk perlawanan Arsenal bertemu Brentford, Ahad ini.
Kontroversi VAR iringi kekalahan Arsenal
Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Mikel Arteta di Stadium Emirates pada musim ini.
VAR jejaskan BG Pathum United - Jurulatih
BG Pathum United mengakui video bantuan pengadil (VAR) memainkan peranan besar dalam kekalahan pasukan dari Thailand itu 4-1 menentang JDT.
UCL: Celtic salahkan VAR punca Atletico kenduri gol
Kad kuning ke atas Maeda bertukar kepada merah selepas semakan VAR di pertengahan separuh masa pertama.