awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool

Astro Arena
Astro Arena
15/05/2024
05:46 MYT
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool. - Stadium Astro
JURGEN KLOPP dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Tempoh sembilan tahun pengendali berbangsa Jerman itu sebagai pengurus The Reds akan tamat selepas aksi menentang Wolves hujung minggu ini.
Dia diiktiraf sebagai pengurus terbaik The Reds dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana dia telah memenangi semua jenis gelaran, termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019 dan menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk bergelar juara Inggeris setahun kemudian.
Perlawanan hujung minggu ini dijangka akan sarat dengan emosi tetapi gambar yang bocor dalam laman-laman sosial sudahpun meruntun jiwa penyokong Liverpool.
Pengurus berusia 56 tahun itu dilihat berdiri di tengah-tengah bulatan padang dan di tempat duduk penyokong di Anfield seorang diri dengan ada dalam kalangan peminat Liverpool berpendapat bahawa dia sedang merakam video perpisahannya.
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool. - Stadium Astro
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool. - Stadium Astro
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
#Liverpool
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan