JURGEN KLOOP berkata Liverpool akan mengalami keterujaan seperti kebiasaan menjelang perlawanan menentang Manchester City malam esok walaupun kelihatan sudah tidak berpeluang untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Klopp secara terbuka menganggap The Reds tidak lagi berpeluang untuk bersaing merebut kedudukan teratas musim ini selepas mereka ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal, dan 13 mata di belakang juara bertahan, City.
Liverpool sentiasa menjadi pencabar utama City sepanjang beberapa musim lalu, di mana mereka dua kali memaksa seteru berkenaan menunda keraian bergelar juara sehingga ke hari terakhir selain turut memenangi gelaran liga itu musim 2019-20.
Disebabkan itu, perlawanan di antara dua pasukan berkenaan kerap menjadi tumpuan dan dilihat akan menjadi penentu musim.
Bagaimanapun, Klopp, ketika menyedari pasukannya tidak akan menjulang trofi gelaran musim ini, berasakan perlawanan Liverpool menentang City - yang sememangnya pasukan terbaik dunia - di Anfield kali ini masih akan menjadi elemen penting dalam penentuan gelaran.
"Ia boleh jadi (penentu gelaran) tahun ini... cuma bukan untuk kami," kata Klopp.
"Apabila anda menentang City, keputusan di kiri dan kanan tidak lagi penting. Perlawanan ini memerlukan kesemua fokus anda, memerlukan segala yang anda tahu tentang bola sepak.
"Saya gemar melakukan persiapan untuk perlawanan ini tetapi ia adalah cabaran terbesar yang anda akan hadapi dalam bola sepak.
"Bola sepak sentiasa mengenai menutup ruang, menghalang pemain, melakukan terjahan di kawasan yang betul, semua seperti itu.
"Berdepan City, ia sentiasa: jika anda tutup ruang sini, mereka ada di sana; jika anda merapatkan jurang ini, mereka membuka jurang itu. Padang amat luas dan kami hanya ada 10 pemain untuk menutup segala ruang.
"Ia sentiasa satu cabaran. Ia bukannya kami berasa berbeza sekarang; ia perlawanan di laman sendiri, ia perlawanan di Anfield, ia berdepan Man City.
"Mereka, ketika ini, sememangnya pasukan terbaik di dunia, itulah hakikatnya.
"Tetapi kami tetap akan mencuba walaupun menyedari tiada sebarang jaminan.
"Kami akan dibantu oleh seluruh Anfield dan kami akan memanfaatkannya," katanya.
Astro Arena
Sat Oct 15 2022

Klopp secara terbuka menganggap The Reds tidak lagi berpeluang untuk bersaing merebut kedudukan teratas musim ini. - Astro ARENA

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini semua rakyat Malaysia di Turkiye.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Singkir Jurgen Klopp bukan langkah tepat, kata Carragher
Klopp dihujani kritikan atas prestasi hambar anak buahnya yang menduduki tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris.

Ten Hag anggap kelemahan mutu pengadilan punca kad merah Casemiro
Bagaimanapun, pengurus Belanda itu percaya pengadil telah terlepas pandang beberapa kekasaran pemain The Eagles.

EPL: Wolves tambah sengsara Liverpool
Wolves pungut tiga mata penting untuk elak penyingkiran, meletakkannya di kedudukan ke-10 tanpa kemenangan selepas empat perlawanan liga.

EPL: Kedudukan Arsenal di puncak liga mula tergugat
Everton diberi nafas baru di bawah kendalian Sean Dyche, hasil jaringan kemenangan gandingan Tarkowski dan Dwight McNeil.

EPL: Leeds United hilang khidmat penjaring terbanyak untuk dua bulan
Rodrigo cedera ketika Leeds mencatatkan kemenangan ke atas Accrington Stanley dalam pusingan keempat Piala FA hujung minggu lalu.

EPL: Mason Greenwood dibebaskan daripada kesemua pertuduhan
Pemain berusia 21 tahun itu diberkas pada Januari tahun lalu dan sepatutnya menghadapi perbicaraan pada November depan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Jurgen Klopp tangkis kritikan sudah tidak relevan kemudi Liverpool
Jurgen Klopp mempertahankan dirinya daripada kritikan di sebalik musim sukar mengemudi Liverpool apabila menegaskan dia tidak akan menjadi pengurus yang buruk selepas hanya semalaman.

United sudah belajar, ambil pengajaran dari kesilapan - Ten Hag
United ketinggalan 11 mata di belakang Arsenal dalam perebutan kejuaraan EPL di Stadium Emirates Ahad lalu.

Conte seru Tottenham cipta rentetan kemenangan
Harry Kane menyamai rekod jaringan sepanjang masa milik Jimmy Greaves untuk Tottenham Hotspur.