EPL: Liverpool daki ke tangga ketiga

Mohamed Salah ketika beraksi semasa perlawanan EPL antara West Ham dan Liverpool di Stadium London, London, 31 Jan, 2021. (Foto AP)
WEST HAM 1 LIVERPOOL 3
Liverpool kembali mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ini selepas The Reds mencatat keputusan 3-1 ke atas West Ham United dalam aksi yang berlangsung di Stadium London.
Perlawanan pada Ahad itu menyaksikan Mohamed Salah bermain cemerlang dengan menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-57 dan 68.
Jaringan dalam aksi ini juga adalah yang pertama bagi Salah, dalam tujuh aksi liga.
Satu lagi jaringan dihasilkan Georginio Wijnaldum untuk The Reds pada minit ke-84.
Sementara itu, tuan rumah West Ham memecah kebuntuan gol pada minit ke-87 menerusi Craig Dawson.
Kemenangan ini mengurangkan jurang Liverpool dengan pendahulu Manchester City kepada empat mata.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

