awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Liverpool kembali jaringkan gol, tamatkan kemarau kemenangan

Astro Arena
Astro Arena
28/01/2021
23:33 MYT
EPL: Liverpool kembali jaringkan gol, tamatkan kemarau kemenangan
Trent Alexander-Arnold meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Liverpool di Stadium Tottenham Hotspur, London, 28 Jan, 2021. (Foto AP)
TRENT Alexander-Arnold menjaringkan gol pertamanya musim ini selain menghasilkan satu bantuan untuk menamatkan kemarau jaringan Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
Pasukan juara bertahan itu tidak menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan lalu dan tidak pernah menang dalam lima perlawanan sebelum ini tetapi mereka menamatkan kemarau itu di Stadium Tottenham Hotspur untuk kini menduduki tangga keempat EPL dan hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Manchester City.
Roberto Firmino membuka jaringan buat Liverpool pada penghujung babak pertama selepas gol awal Son Heung-min dibatalkan pengadil kerana berada di kedudukan ofsaid sebelum Alexander-Arnold kemudian menjaringkan gol kedua pasukannya tidak lama selepas perlawanan bersambung.
Nasib malang Spurs berterusan apabila ayam tambatan mereka, Harry Kane, tidak dapat meneruskan perlawanan dalam babak kedua kerana perlu mendapatkan rawatan bagi kecederaan di kedua-dua belah buku lalinya tetapi Pierre-Emile Hojbjerg mengecilkan jurang jaringan itu menerusi golnya berselang dua minit selepas penyudah Alexander-Arnold.
Sadio Mane kemudian memberikan Liverpool -- yang kehilangan Joel Matip pada waktu rehat kerana kecederaan -- ruang untuk bernafas menerusi jaringannya yang memastikan rekod lapan perlawanan tanpa kalah Tottenham dalam kesemua kejohanan ditamatkan.
YESSSSSSSSSS, TRENTTTTTTTT!!!!!!!
— Liverpool FC (@LFC) January 28, 2021
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Manchester City
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Trent Alexander-Arnold
#Tottenham Hotspur
#gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan