awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Rashford inspirasi Manchester United tumbangkan Nottingham Forest

Astro Arena
Astro Arena
28/12/2022
02:10 MYT
EPL: Rashford inspirasi Manchester United tumbangkan Nottingham Forest
Pemain Manchester United Marcus Rashford meraikan selepas menjaringkan gol di hadapan peminat bola sepak di Old Trafford. - Foto AP
MANCHESTER UNITED 3 NOTTINGHAM FOREST 0
Marcus Rashford menjadi inspirasi kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi tadi, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka sejak Piala Dunia Qatar 2022.
Rashford memainkan peranan penting ketika mereka menewaskan Burnley dalam aksi Piala EFL minggu lalu dan sekali lagi mencuri tumpuan dalam aksi kali ini bagi memastikan United kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga keempat, Newcastle United.
Penyerang England itu membuka jaringan pada minit ke-19 apabila bijak menghidu peluang daripada sepakan penjuru rendah Cristian Eriksen.
Tiga minit kemudian, dia sekali lagi memainkan peranannya untuk menjadikan kedudukan 2-0, kali ini dengan membantu Anthony Martial menewaskan Wayne Hennessey selepas satu serangan balas pantas yang dimulakan Casemiro.
United memperoleh peluang awal dalam babak kedua tetapi Antony mensia-siakannya meskipun sudah berada dalam situasi satu lawan satu dengan Hennessey.
Rashford juga terlepas peluang untuk memanfaatkan hantaran licik pemain gantian, Donny van de Beek, tetapi United menamatkan sisa perjuangan Forest pada minit ke-87, di mana Fred menyudahkan lorongan gemilang Casemiro.
United seterusnya akan meneruskan saingan liga dengan berkunjung ke laman Wolves pada Sabtu ini manakala Forest pula akan melayani tandangan Chelsea sehari kemudian. - Astro ARENA
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester United
#Nottingham Forest
#Marcus Rashford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan