awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Rodri selamatkan maruah Manchester City ikat Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2024
01:00 MYT
EPL: Rodri selamatkan maruah Manchester City ikat Chelsea
Pemain Chelsea Conor Gallagher mengejar Rodri ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Chelsea di Stadium Etihad, Manchester, England, 17 Feb 2024. (Foto AP)
MANCHESTER CITY 1 CHELSEA 1
Rodri menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan untuk pasukan juara bertahan, Manchester City, mengikat Chelsea 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Raheem Sterling mencetuskan sensasi dengan menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya untuk Chelsea mendahului pada tiga minit terakhir babak pertama.
City sememangnya perlu memberikan respons segera seandainya mereka mahu terus memberikan tekanan buat dua lagi pasukan pencabar kejuaraan, iaitu pendahulu liga, Liverpool, dan pasukan di tangga kedua, Arsenal.
Mereka melancarkan serangan bertali arus ke gawang pelawat tetapi jaringan penyamaan yang dinantikan hanya hadir pada minit ke-83, di mana Rodri memanfaatkan bola muntah susulan percubaan awal Kyle Walker.
Keputusan itu menyaksikan City tergelincir ke tangga ketiga dengan 53 mata, empat mata di belakang Liverpool dan dua mata di belakang Arsenal tetapi memegang kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Topic Berkaitan
#EPL
#Chelsea
#Manchester City
#Arsenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan