BUKAYO Saka dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas membantu pendahulu liga, Arsenal, memenangi kesemua empat perlawanan sepanjang bulan lalu.
Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu, di mana Arsenal menewaskan Everton, Bournemouth, Fulham dan Crystal Palace.
Hanya penyerang Manchester City, Erling Haaland (33), dan tonggak Tottenham, Harry Kane (23), telah terlibat dengan lebih banyak jaringan berbanding Saka (22) dalam saingan EPL musim ini.
Pemain berusia 21 tahun itu -- yang juga merupakan calon bagi Anugerah Pemain Terbaik musim ini -- merupakan satu-satunya pemain yang mencecah angka dua digit bagi jaringan (12) dan bantuan gol (10) dalam kejohanan itu musim ini.
Dengan membantu Arsenal berkelebihan lapan mata di atas City ketika ini -- dalam usaha The Gunners meraih gelaran liga pertama sejak 2004 -- Saka turut menjaringkan gol jarak jauh gemilang ketika membantu England menewaskan Ukraine 2-0 dalam waktu rehat antarabangsa baru-baru ini.
Dengan memenangi anugerah itu, Saka mengetepikan saingan daripada Alexander Isak, Alexis Mac Allister, Tyrone Mings, Mohamed Salah dan rakan separukannya di Arsenal, Leandro Trossard.
Dia menjadi pemain Arsenal kedua memenangi anugerah bulanan itu musim ini selepas Martin Odegaard muncul pemain terbaik bagi bulan November dan Disember lalu.
Astro Arena
Sat Apr 01 2023

Aksi Bukayo Saka meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan ketika kelayakan Euro 2024 kumpulan C antara England dan Ukraine di Wembley Stadium, London, 26 Mac 2023. - Gambar fail AP

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Bukayo Saka makin dekat umum kontrak baharu di Arsenal
Arsenal berharap dapat mengumumkan kontrak baharu Bukayo Saka sebelum tamat musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal
Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu.

Bukayo Saka pastikan Arsenal terus garang, Newcastle buat Man Utd hampa
The Gunners direncatkan penundaan hampir 40 minit permainan berikutan masalah teknikal termasuk membabitkan peralatan eletronik pengadil.

Saka teruja hadirkan gol kemenangan Arsenal atasi Bodo/Glimt
Walaupun mengalami tekanan pada babak kedua, Arsenal bertahan untuk meletakkan mereka dengan sembilan mata di puncak Kumpulan A.

Arsenal buat Newcastle kian merana
Kehadiran Howe masih belum cukup untuk mengeluarkan pasukannya dari zon bahaya.

Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman
Persatuan Bola Sepak England mengeluarkan kenyataan mengecam kritikan berunsur perkauman ke atas pemain.

Arsenal ikat Bukayo Saka untuk kontrak jangka panjang
Ia sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan Saka, 18 tahun, yang sebelum ini diintai beberapa kelab Eropah seperti Liverpool dan Chelsea.

Leno, Arteta puji persembahan Saka
Pemain muda itu, turun selaku pertahanan kiri, membuat lorongan yang cemerlang buat Alexandre Lacazette untuk menyempurnakan jaringan kemenangan di Piraeus.