awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Tindall tidak kisah terus bimbing Newcastle United

Astro Arena
Astro Arena
16/04/2025
03:10 MYT
EPL: Tindall tidak kisah terus bimbing Newcastle United
Jason Tindall dan pengurus Manchester United Ruben Amorim ketika perlawanan EPL antara Newcastle United dan Manchester United di St James' Park, Newcastle, Britain, 13 Apr 2025. - Gambar fail/REUTERS
JASON Tindall mengakui "tiada tempoh masa yang tepat" untuk Eddie Howe kembali menyambung tugasannya di Newcastle United pada ketika dia baru sembuh daripada radang paru-paru.
Penolong jurulatih, Tindall, menggalas peranannya dalam kemenangan 4-1 ke atas Manchester United, hujung minggu lalu, selepas Howe dimasukkan ke hospital dua hari sebelumnya.
Newcastle sudah pun mengesahkan Howe juga akan tidak hadir untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Crystal Palace, awal pagi esok, dan kunjungan Aston Villa hujung minggu ini.
Tindall tidak pasti bila Howe akan bersedia untuk kembali bekerja, lantas dia bersedia untuk terus mengambil alih tugas sepanjang tempoh ketiadaan pengurus itu.
"Dia di dalam jagaan terbaik dan dia akan kembali sebaik sahaja berasakan 100 peratus sudah bersedia untuk kembali mengetuai pasukan," kata Tindall kepada pemberita.
“Tiada jangka masa yang tepat. Kami akan menilainya hari demi hari.
"Dia hanya akan kembali apabila sudah bersedia dan terpulang kepada pihak yang menjaganya."
Topic Berkaitan
#EPL
#Jason Tindall
#Newcastle United
#Eddie Howe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan